SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Rabu, 20 Januari 2010

Berita Sana - Sini

Kawan-kawan dengar tak berita terkini yang terdapat di Yahoo.sg hari ini?
Beginilah salah satu berita terhangat:


Seorang belia berusia 19 tahun ditangkap kelmarin kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes curi melibatkan teksi.

Menurut polis, belia tersebut ditangkap sekitar 11 malam di Tampines Street 21 dan akan dihadapkan ke mahkamah rendah pagi ini.

Kes-kes curi itu dilaporkan antara November lalu dengan bulan ini, dan berlaku di kawasan estet perumahan Tampines dan Simei.

Dalam kebanyakan kes, teksi-teksi itu dipecah masuk dan wang yang disimpan di dalamnya dicuri.

Malah, dalam beberapa kes belia itu disyaki melarikan teksi yang kuncinya ditinggalkan di dalam.

Namun, semua teksi yang dilarikan dijumpai pada esoknya.
Polis turut meminta syarikat teksi berwaspada.

Selain itu, DAC Teo menasihati orang ramai, terutama pemandu teksi, supaya mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga bagi mengekang jenayah serupa itu.

Ini termasuk meletak kereta di kawasan terang pada sebelah malam, mengunci semua tingkap dan pintu kenderaan walaupun semasa meninggalkannya seketika, memasang sistem semboyan kecemasan dalam kenderaan, mengeluarkan semua barang berharga dari kenderaan sebelum keluar, dan tidak meninggalkan kunci dalam kereta.

Apa pendapat kawan-kawan tentang perkara ini? Adakah remaja itu patut dilepaskan atau ..? Kawan-kawan boleh berikan komen di sini.

Oleh Idris, Azfar & Aqil
Murid-murid Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Tiada ulasan: