SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Khamis, 31 Januari 2008

KUIZ Bulan Februari

Seperti yang telah diwarwarkan beberapa minggu yang lepas, Jabatan Bahasa Melayu Admiralty akan menganjurkan kuiz blog bulanan mulai Februari ini. Kuiz ini dibuka kepada semua pelajar dari Darjah 1 hinggalah Darjah 6. Para pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu peringkat P1 hingga P3 dan P4 hingga P6. 5 peserta pertama dari setiap kumpulan yang mengirimkan jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah kuiz akan disampaikan kepada pelajar melalui guru Bahasa Melayu pelajar.

Pelajar bolehlah mengirimkan jawapan ke alamat emel berikut:

JabatanBahasaMelayu@gmail.com

Subject: Kuiz Bulan Februari

Sertakan nama penuh, kelas dan guru Bahasa Melayu pelajar sekali, ya.

Baiklah, inilah soalan-soalan kuiz untuk bulan Februari.
Bulan ini tema kita ialah Pantun Teka-Teki.

Untuk pelajar-pelajar P1 hingga P3, inilah soalan kuiz anda:

(1)jika tuan membeli tikar
tikar anyaman dari mengkuang
kalau tuan bijak pintar
ular apa membelit pinggang

Apakah jawapannya?

Untuk pelajar-pelajar P4 hingga P6, inilah soalan kuiz anda pula:

(1) budak2 bermain batu
batu dikira satu persatu
badannya lurus bermata satu
ekornya tajam apakah itu

Apakah jawapannya?

Baiklah pelajar-pelajar yang disayangi. Cikgu akan nantikan kiriman emel daripada pelajar semua! Ingat ya, hanya 5 penyertaan pertama yang diterima sahaja akan mendapat hadiah! Apa lagi, jangan tunggu-tunggu lagi. Kirimkan jawapan pelajar sekarang juga!

Tarikh tutup: 29 Februari 2008

Cikgu Noor

Isnin, 14 Januari 2008

Selamat Tahun Baru!

Selamat tahun baru pelajar-pelajar dan guru-guru sekalian. Begitu cepat sekali masa berlalu. Sekarang sudah pun masuk minggu ketiga kita ke sekolah. Bagi murid-murid darjah 1, selamat melangkah ke alam persekolahan formal sementara pelajar-pelajar darjah 6 pula, selamat menempuhi tahun yang mencabar tahun ini!

Saya ingin mengumumkan di sini bahawa blog Lensa akan menganjurkan kuiz bulanan InsyaAllah bermula hujung bulan ini. Butir-butir lanjut mengenai kuiz ini akan dimuatkan di dalam blog pada minggu hadapan. Saya berharap apabila kuiz ini bermula nanti, para pelajar akan menyertainya ya. Kalau ada kuiz, tentulah ada hadiah juga! :)

Salam hormat,

Cikgu Noor