SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Sabtu, 7 Ogos 2010

Karangan saya :D

Inilah karya saya :

Aku sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tiba-tiba, aku terdengar suara meminta tolong. Aku meninjau ke luar tingkap. Aku terlihat sekumpulan lelaki mendekati seorang wanita. Adakah mereka akan menutup mulutnya dan membawa wanita itu ke tempat yang sunyi, seperti yang dilakukan di dalam televisyen? Hatiku berdebar-debar. Walaupun aku lelaki, aku seorang pengecut.

Suara wanita itu semakin kuat. Aku tidak ada pilihan lain. Aku bergegas ke bawah dan mengintip mereka. Hanya aku seorangkah yang terdengar wanita itu menjerit, meminta tolong? Ah, jiran tidak guna! Seorang lelaki bertatu dari leher ke kaki mendekati wanita itu dan ketawan dengan kuat. Aku mula berasa kurang selesa.

Nasib baik wanita itu ternampak aku tercegat di situ. Aku mula menggerak-gerakkan tanganku membuat aksi-aksi seperti memekik dan berlari. Wanita itu memahamiku.

"Chiobu! Chiobu!" aku memekik sepuas hati lalu berlari ke belakang satu tembok.

Aku dapat lihat kumpulan itu menoleh ke belakang dan melupakan tentang gadis itu. Apa lagi, gadis itu larilah!

Kami berdua berlari dengan pantas agar kumpulan itu tidak dapat mengejar kami. Sebaik sahaja kami berdua di tempat yang jauh dari merka, kami berhenti. Gadis itu mengucapkan terima kasih lalu meminta alamat rumahku. Aku tidak dibenarkan memberitahu sesiapa alamatku. Oleh kerana terlalu tertarik dengan kejelitaannya, aku memberikannya alamat dan nombor telefon bimbitku.

Sebelum kami berpisah, dia berkata bahawa namanya Nadrah. Nadrah... alangkah sedap nama itu! Aku pulang ke rumah dengan senyuman yang lebar. Aku berasa, aku sudah jumpa Cintaku...

Pada keesokan harinya, Nadrah mengajakku keluar makan tengah hari. Sepatutunya, lelaki mengajak perempuan keluar, bukan sebaliknya! Aku memakai baju yang cantik dan ke restoran Sakura.

Sudah tentu aku dilamun cinta! Nadrah begitu jelita! Selepas hari itu, kami keluar bersama-sama lagi. Namun, satu hari, aku terdengar suara Nadrah meminta tolong lagi. Aku bergegas ke bawah dan mendapati kumpulan lelaki yang sama mendekati Nadrah lagi. Tiba-tiba, lelaki bertatu yang sama memegang tangan Nadrah. Aku menjadi marah!

Aku mendekati Nadrah dan berdiri di sebelahnya. Aku berkata bahawa aku teman lelakinya. Lelaki itu marah kepadaku. Akhirnya, polis menyerang mereka sekumpulan. Mereka tidak tahu bahawa aku telah menelefon polis.

Kumpulan itu telah dimasukkan ke dalam penjara kerana sudah cukup umur. Mereka bersalah kerana cuba merusuh Nadrah dan terlibat dalam kes 'Tailong'.

Nadrah memberitahuku bahawa dia dalam perjalanan ke rumahku untuk memberiku sebuah hadiah. Hadiah kerana telah menemaninya dan menjadi teman lelakinya selama tiga bulan.

Perkara itu semua berlaku sepuluh tahun lalu. Kini, aku dan Nadrah sudah lama berumahtangga dan mendapat dua cahayamata yang comel. Hanya kerana aku terdengar suara Nadrah, aku menemui jodohku. Aku amat, amat gembira!

Itulah karangan saya :D Saya harap anda semua seronok membaca cerita saya. Jangan lupa untuk komen!
Ain Nadirah, 6Endurance.






Jumaat, 30 Julai 2010

Hasil Karangan Saya! :)

Langkah kakiku terpaku di pintu. Mataku merenung tajam, Tidak mungkin! Tidak mungkin kakak kembali lagi! Kakak tersenyum lebar. Titisan air mataku mengalir di pipi. Aku memeluk kakak dengan erat. Sudah tiga tahun aku tidak dapat berjumpa dengannya. Kakak mengusap rambutku. Secara tiba-tiba, terdengar ketukan di pintu. Aku pun terjaga dari tidurku.

Rupa-rupanya, ibu yang mengetuk pintu. Tetapi, kelibat kakak sudah tiada.
Kakak lesap begitu sahaja. Aku sedih dan pilu. Tetapi, rasanya seperti kakak sentiasa berada di sisiku.

"Kenapa adik terpekik tadi? Mengigau, ya? Tadi, sebelum tidur cuci kaki ke tidak?
Ibu terperanjat apabila adik pekik. Tengoklah, sekarang sudah berpeluh. Hish! Pergi cuci muka dan selepas itu tidur, ya?"kata ibuku yang kelihatan bimbang akan keadaanku.

Aku mengangguk, mengiakan sahaja apa yang ibuku katakan. Aku turuti
perintah ibu. Keesokan paginya, aku memberitahu ibu tentang mimpiku semalam. Ibu kehilangan kata-kata. Aku mengerti perasaan ibuku. Aku tahu ibu sedih. Lantas, aku menukar topik dan mengatakan bahawa aku ingin masuk bilik untuk belajar. Di dalam bilikku, aku duduk termenung di katilku. Peristiwa silam masih segar di kotak fikiranku.

Dahulu, sewaktu kakak masih ada, dialah yang memanjakanku dengan
memberikan apa sahaja yang aku minta. Jika aku tidak dapat apa yang aku mahu, aku akan menunjukkan perasaan marahku dan tidak akan menghiraukan kakak. Pernah sekali, ayah memarahiku kerana terlalu dimanjakan. Aku menangis teresak-esak. Baru sahaja ayah ingin melepaskan satu sepakan di pipiku, kakak berlari menuju ke hadapanku. Akhirnya, kakak yang ditampar. Rasa bersalah menyelubungi diriku. Aku bergegas ke bilikku lalu mengunci pintu. Selama tiga hari berturut-turut aku tidak keluar dari bilikku. Aku hanya membenarkan kakak masuk. Dia memujukki dan memasakkan aku sepinggan bubur. Aku terharu sekali.

Aku pun meminta maaf. Kakak seorang yang baik hati dan selalu memaafkan
orang lain dengan mudah. Malangnya, pada suatu hari, aku mengulangi kesilapanku dan kali ini, aku kehilangan satu-satunya orang yang amat kusayangi. Aku memarahi kakak kerana lambat menjemputku dari sekolah. Alasannya adalah kerana hujan lebat. Sukar baginya untuk keluar rumah dan berjalan ke sekolahku. Aku tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan. Setibanya dia di sekolah, aku merampas salah satu payung yang dibawanya. Lalu, aku pun keluar ke jalan raya.

Penglihatanku tidak jelas. Hujan turun dengan lebatnya. Suasana di situ kabus.
Tidak lama kemudian, hujan pun reda. Kakak terlari-lari mengejarku. Dia tahu aku marah dengannya. Dia memekik, memanggil namaku berulang kali. Aku cuma berbuat bodoh sahaja. Sampai sahaj di lampu trafik, aku hanya melintas tanpa melihat kiri atau kanan mahupun lampu isyarat.

"Adik, jaga!"teriak kakakku lalu menolakku ke tepi jalan raya.


Aku tersentak. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Sebentar kemudian, aku
menoleh ke arah kakak. Alangkah terperanjatnya aku! Kakak dilanggar kereta. Aku menjarit meminta tolong Pemandu itu tidak bertanggungjawab dan terus melarikan diri. Aku begitu marah sekali. Aku melalak sekuat-kuatnya.

Aku menyesal sekali. Kakak masih mampu tersenyum. Kepala kakak berlumuran darah.

"Adik, kalau kakak sudah tiada, adik jangan manja-manja lagi, ya? Adik harus berdikari. Adik sudah besar. Tidak boleh harapkan kakak lagi. Kakak sayang adik! Jaga ibu dan ayah baik-baik, ya? Jangan lupa kakak. Kakak akan sentiasa bersama adik dan menjaga adik. Kakak gembira dapat adik yang baik dan tidak nakal. Janji ya, jangan nakal lagi kalau kakak tiada?"kata-kata kakak terhenti di situ.

Aku tidak akan lupa apa yang telah kakak lakukan untukku selama ini. Semnjak itu, aku asyik teringatkan kakak. Dialah penyelamatku. Dia amat penyanyang. Aku sayang kakak. Setiap hari, aku berdoa untuk kakak agar jasa yang telah dia berikan di dunia akan terbalas di akhirat nanti. Hanya satu perkara yang aku tidak dapat katakan kepadanya sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir iaitu,"Maafkan adik, kak...". Itu yang membuatku menyesal selama tiga tahun ini.

"Adik, jom kita makan tengah hari,"terdengar ibuku memanggil dari luar. Aku kembali ke alam nyata. Peristiwa itu telah membuatku sentiasa berpesan kepada kawan-kawanku supaya melakukan sesuatu sebelum nasi menjadi bubur.

Itulah hasil karya saya sendiri. Saya harap rakan-rakan semua terhibur setelah membaca karangan saya! Nanti, jika rakan-rakan BML saya ada masa, mereka juga akan turut berkongsi hasil karya mereka sendiri. Jadi jangan lupa, ya untuk meninggalkan komen?

Salam sayang dari saya,
Nur Qamariah 6Courage :P

Khamis, 29 Julai 2010

Cara untuk menenangkan fikiran sebelum peperiksaan...

Ada yang kata mereka terlalu stres kerana PSLE dan meminta cikgu tips-tips untuk menenangkan diri setelah PSLE. Mungkin post itu tidak sesuai untuk dipamerkan di blog sekarang kerana PSLE belum mula atau akhir. Jadi, saya akan beri tips-tips untuk sebelum prelim untuk menenangkan fikiran dan ulangkaji dalam cara yang menarik dan efektif...

- Dengar muzik yang rentaknya agak menenangkan dan klasikal.
- Anda boleh mengulangkaji daripada lelaman yang ada aktiviti dalam segi pelajaran.
- Jangan ulangkaji terlalu banyak sehingga larut malam, sebaliknya mungkin anda boleh
ulangkaji pada waktu siang, dan menoton televisyen atau bermain di Facebook pada waktu
malam.

- Mungkin anda boleh belajar bersama kawan-kawan supaya ia tidak sunyi atau bosan bagi
anda.

- Anda juga boleh melakukan hobi dengan lebih kerap untuk menghilangkan stres.
- Untuk menenangkan fikiran dan elakkan terlalu banyak stres, cuba memperbaiki konfiden dalam diri.
-Anda boleh belajar dan ulangkaji di tempat yang selesa dan tidak banyak gangguan. (perpustakaan)

Saya harap tips-tips saya dapat membantu kamu.
~Shukrina~

Selasa, 27 Julai 2010

Persiapan Lisan:)

Kawan-kawan sudah membuat persiapan untuk lisan? Harap sudah bersedia ya. Saya dan murid-murid bahasa melayu lanjutan yang lain ingin mengucapkan yang terbaik untuk semua. Jangan malukan cikgu masin-masing ya. Lakukan yang terbaik. Ingat segala teknik yang telah diajar cikgu. Jangan panik.Dan perkara yang paling penting, kamu harus ada konfiden. Jika kawan-kawan yang lain boleh berjaya dengan cemerlang, mengapa tidak kamu. Selamat menduduki peperiksaan lisan!;)

-Shukrina

Selasa, 13 Julai 2010

Kuiz Bulan Julai

Ini adalah kuiz bulan Julai!

Rakan harus membina 10 perkataan baru daripada perkataan yang sebelumnya dengan mengubah satu huruf sahaja.

Contoh:
1) garam
2) geram
3) seram
4) siram
5) silam
6) tilam
7) tikam
8) tikar
9) tukar
10) sukar

3 pemenang pertama akan mendapat hadiah daripada saya dan Syakirin. Perkataan pertama adalah: BARANG
Apa lagi tunggu-tunggu? Mulakan sekarang juga! Hantar kepada saya 5CH, Syakirin 5CH, Nur Qamariah 6CO ataupun Shukrina 6ED!

~Firdaus 5CH

Khamis, 8 Julai 2010

Karangan Minggu Ini -

Nikmatilah cerita hasil pena rakan pelajar, Nur Qamariah dari kelas 6 Courage.


Hujan turun dengan lebatnya. Kelibat ayah masih belum kelihatan. Jam di tangan menunjukkan pukul sembilan malam. Ayahku telah berjanji petang tadi ingin membawa pulang ayam goreng dari sebuah kedai yang amat terkenal. Oleh sebab bosan menunggu, aku pergi ke bilikku lalu membaca novel. Setelah selesai membaca, aku menelefon Shukrina, sahabat karibku. Kendengaran suaranya yang begitu riang dan aktif berceloteh di telefon. Aku melayan sahaja apa yang dia katakan. Lantas, aku memberitahu Shukrina bahawa ayahku belum pulang. Aku risau dan tidak sedap hati memikirkan tentang keselamtan ayahku.

Shukrina pun mencelah, "Eh, Qamariah! Betullah kata engkau. Hujan pula sangat lebat membasahi muka bumi. Dulu, ayahku meninggal dunia sewaktu cuaca sebegini juga. Aku bimbang, bapa kau juga akan ..." suara Shukrina semakin perlahan dan terus tidak kedengaran. Aku faham maksud kata-katanya.

Pada saat aku ingin mengatakan sesuatu, bekalan elektrik tiba-tiba terputus. Lampu yang pada mulanya bernyala telah mati. Ibu bergegas keluar dari bilik tidurnya ke ruang tamu. Dia mendapati aku sedang meletakkan gagang telefon. Pada masa itu juga, guruh berdentam-dentum. Aku terjerit kerana tersentak. Ibu memasang lilin di halaman rumah. Aku memberitahu ibu apa yang dikatakan Shukrina sebentar tadi. Ibu kehilangan kata-kata. Ibu hanya menundukkan kepalanya.

Tiba-tiba telefon bimbit ibu berdering. Aku terus berlari mendapatkan telefon bimbit ibu.

"Hello! Siapa di sana? Boleh saya tolong?" tanyaku dengan suara yang gementar kerana tidak tahu siapa yang berada di hujung talian.

Rupa-rupanya, seorang inspektor polis telah cuba menelefon rumahku tetapi tidak berjaya. Detik itu, aku berasa hiba. Di kotak fikiranku, pelbagai perkara yang aku bayangkan. Aku tidak mahu kehilangan ayahku seperti mana Shukrina kehilangan ayahnya. Aku menangis sebelum inspektor polis itu berkata apa-apa. Ibu pula berdoa kepada Allah agar ayah selamat.

Sebaik sahaja telingaku mendapat berita daripada inspektor polis itu, aku melepaskan genggamanku dari telefon bimbit ibu. Aku terperanjat mendengar kata-katanya. Ini tidak mungkin berlaku. Mustahil! Pihak polis telah mendapati bahawa ayahku terlibat dalam kes penyeludupan dadah. Setelah disoal siasat, ayahku didapati bersalah. Aku tidak dapat menerima kenyataan bahawa itu hakikat yang sebenarnya.

"Jadi, selama ini ayah telah berpura-pura bekerja! Segala makanan yang aku makan selama ini daripada duit haram! Aku benci! Aku benci!" Aku tidak dapat menahan emosiku. Aku menangis teresak-esak. Ibu cuba sedaya upaya untuk memujukku. Katanya, ini bukan salah ayah. Ayah hanya ingin mencari duit. Aku tahu tetapi jika ingin mencari duit sekali pun, ada banyak lagi pekerjaan yang baik dan halal.

Sepanjang ayah meringkuk di dalam penjara selama tiga tahun dan dihukum lima sebatan rotan, aku langsung tidak datang menjenguknya. Aku tetap berkeras hati walaupun ibu memujukku agar memaafkan ayah. Shukrina juga berkata yang aku tidak berhati perut.

"Engkau tidak tahu apa yang aku lalui! Siapa yang tidak berhati perut? Ayahku! Jika dia tidak terlibat dalam kes ini, kehidupanku dan ibuku tidak akan susah sebegini. Disebabkan ayahku, aku dan ibu terpaksa mengikat perut!" kataku kepada Shukrina.

Aku berasa malu. Jiran-jiran selalu bercerita tentang keluargaku. Mereka tidak tahu bahawa aku tahu yang mereka selalu mengumpat tentang keluargaku. Disebabkan ayah, aku dihina di sekolah. Disebabkan ayah, kehidupanku tidak tenteram. Aku kecewa, terlalu kecewa. Ibuku juga begitu. Sekarang, setiap detik yang aku lalui penuh dengan kekecewaan.

Ayah meninggalkan aku dan ibu sebulan setelah dia bebas dari penjara. Dia tidak dapat diselamatkan setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Ayah meninggalkanku dengan penuh penderitaan dan kekecewaan. Aku tidak akan lupa apa yang aku lalui dan hatiku akan tetap mengatakan, "Ayah punca segala penderitaanku..."





Bulan Bahasa 2010

Apa khabar para pelajar sekalian? Diharapkan sentiasa di dalam keadaan sihat-walafiat dan ceria selalu.

Di sini kami ingin mengumumkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sekolah sempena Bulan Bahasa tahun ini. Beberapa aktiviti menarik telah dilakarkan untuk para pelajar mengambil bahagian.

Primari 1 - Pertandingan Buluh Perindu
Primari 2 - Rentak Pantun
Primari 3 - Penglipur Lara
Primari 4 - Penglipur Lara
Primari 5 - Deklamasi Sajak

Oleh sebab pelajar Primari 6 sedang sibuk membuat persiapan untuk PSLE, maka kami tidak menganjurkan apa-apa aktiviti untuk anda semua. InsyaAllah selepas PSLE nanti, giliran pelajar Primari 6 pula menyertai aktiviti-aktiviti bahasa yang menarik pula, ya!

Kepada para pelajar yang mahu mengambil bahagian, sila jumpa guru bahasa Melayu masing-masing. Jangan malu-malu atau segan-segan untuk ke hadapan. Inilah masanya anda menunjukkan bakat yang terpendam!

Bagi mereka yang tidak mengambil bahagian, berilah sokongan kepada rakan-rakan yang menyertai pertandingan.

Salam sayang,
Cikgu Noor Ashikin

Isnin, 31 Mei 2010

Cuti Sekolah

Cuti sekolah baru saja bermula. Sudahkah anda membuat perancangan untuk cuti sekolah ini? Jika belum, anda boleh membuat jadual waktu dan membahagikan masa dengan tepat dan seimbang. Jangan meluangkan masa anda untuk bermain terlalu banyak dan jangan pula meluangkan masa terlalu banyak untuk belajar. Kami tidak mahu kamu stres pula. Harap anda menikmati cuti sekolah anda dan juga tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran agar tidak lupa topik-topik yang telah dipelajari. Selamat bercuti!

~ Qamariah & Shukrina

Jumaat, 21 Mei 2010

Teka-teki

Selamat bertemu sekali lagi, teman-teman! Ingat tak teman-teman. Dulu, kita juga pernah memberi teka-teki bukan? Sekarang juga sama. Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan yang senang ini!

1) Dalam banyak-banyak lampu, lampu apa sentiasa terbuka 24 jam kecuali ia rosak?
2) Dalam banyak- banyak binatang,binatang apa boleh hidup di darat, air dan hidup sebagai
kertas?
3) Dalam banyak-banyak ular, ular apa pandai masak?
4) Dalam banyak-banyak burung, burung apa yangg paling tua?

Dahulu kami mendapat komen teka-teki yang kami berikan susah. Sekarang tahap kesukaran sudah kami turunkan. Hantarkan jawapan kepada saya Shukrina atau Qamariah. Hantar sebelum hari Khamis minggu depan, ya, agar dapat kita memberi hadiah secepat mungkin! Kami akan mendapatkan hadiah bagi pemenang-pemenang [3 orang pertama] dan memberinya sebelum cuti sekolah. Kepada para pemenang kuiz yang lalu, kami ucapkan tahniah dan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa anda yang amat berharga itu untuk mencuba teka-teki yang telah disediakan. Bagi yang belum pernah cuba menjawab soalan-soalan itu, selamat mencuba untuk kali ini!

Sekian,
Shukrina & Qamariah :P

Khamis, 20 Mei 2010

Kisah Arnab & Kura-kura

Sekarang, saya akan menceritakan tentang kisah arnab dan kura-kura. Bagi murid-murid darjah 3 dan ke bawah, harap anda terhibur, ya?

Semua orang tahu bahawa arnab adalah haiwan yang bergerak dengan laju kerana ia boleh melompat cepat sekali. Bagi kura-kura pula, ia adalah haiwan yang bergerak dengan perlahan dan itu menyebabkan ia sampai ke destinasinya lambat. Dengan itu, si arnab mencabar si kura-kura satu perlawanan. Dia berkata,"Hei, kura-kura! Aku cabar kau untuk berlumba denganku. Aku pastikan kau yang kau akan kalah dan aku akan menang. Lihatlah diri kau yang bergerak dengan perlahan, pasti kalah!".

Kura-kura berasa tersinggung. Walau bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa. Dia menerima perlawanan itu. Dia tidak dapat berlatih banyak kerana dia menerima hakikat bahawa dia memang lambat bergerak. Si arnab tidak sabar hendak digelar pemenang dan disanjung ramai. Lihatlah begitu kejamnya dia! Dua hari pun berlalu. Tiba hari perlumbaan antara si arnab dan kura-kura. Pada mulanya, arnab di hadapan kura-kura dan berada sangat jauh daripada garisan permulaan. Tetapi, ramai yang menyokong si kura-kura. Oleh itu, si kura-kura bersemangat dan cuba memepercapatkan langkahnya.

Sedang si kura-kura bersusah payah bergerak, si arnab berasa letih dan fikir dia ingin rehat sebentar. Malangnya, dia tertidur. Tidak lama kemudian, si kura-kura telah melepasi si arnab yang sedang nyenyak tidur. Akhirnya, si kura-kura menjadi pemenang dan berasa bangga akan dirinya. Walau begitu sekalipun, dia tidak sombong. Malahan, dia bersalaman dengan si arnab. Mereka pun menjadi kawan baik dan sentiasa bekerjasama.

Moral cerita ini adalah kita tidak boleh sombong dan angkuh kerana kita tidak tahu yang satu hari kita akan gagal.

~Nur Qamariah 6Courage

Sang Kancil

Pada suatu hari sang harimau sangat marah.Dia marah kerana dia sering ditipu oleh sang kancil.
"Aku marah! Mana Sang Kancil? Aku ingin memakannya!" kata sang harimau.

Kancil ternampak harimau. Dia tahu harimau mahu memakannya.Dengan cepat dia memikirkan helah.

"Kancil aku ingin memakanmu!"kata harimau

Kancil memberitahu bahawa dia harus menjaga gong raja. Sebenarnya ia sarang lebah. Harimau ingin mencuba memukulnya. Kancil memberikan kebenaran tetapi dia berkata dia ingin pergi jauh dahulu kerana takut raja marah. Harimau setuju. Kancil juga berkata bahawa harimau tidak boleh memukul gong sehingga kancil memekik. Harimau setuju. Kancil pun lari jauh lalu memekik. Harimau memukul sarang lebah itu dan ratusan lebah menyengatnya. Sekali lagi dia ditipu sang kancil yang bijak

Terima Kasih! Harap anda terhibur.

Shukrina 6Endurance

Aktivit-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sewaktu cuti sekolah ini!


Kawan-kawan tidak tahu apa hendak lakukan pada cuti sekolah bulan Jun?
Saya telah mencari satu perkara yang boleh dilakukan pada bulan Jun.

Teater




ACE! Festival 2010 - JOURNEYSA Festival of Arts & Creativity for Everyone:The Gruffalo
Ikuti Mouse dalam satu perjalanan petualangan melalui hutan, dalam gelap di adaptasi, muzik ajaib dari buku bergambar Peter Blue, pemenang penghargaan oleh Julia Donaldson dan Axel Scheffler. Mouse boleh menakut-nakutkan haiwan dengan cerita tinggi dari Gruffalo mengerikan, tapi apa yang terjadi ketika dia datang berhadapan dengan makhluk yang sangat dia membayangkan?
Tarikh-tarikh The Gruffalo akan ditayangkan:
21 Mei hingga 9 Jun 2010
Selasa, Khamis dan Jumaat, 09:30 pagi, 11:30 pagi & 02:30 petang
Rabu, 11:30 pagi & 02:30 petang
Sabtu, 10:30 pagi, 02:30 petang & 05:00 petang
Ahad, 10:30 pagi & 02:30 petang

Jangka masa:
55 minit

Tempat:
Alliance Francaise Theatre
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Ini adalah salah satu acara yang kawan-kawan boleh tonton (:
Oleh: Ain Nadirah 6ED

Aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang

Kawan kawan sekalian pasti gembira kerana cuti sekolah sudah hampir tiba. Kru BML ingin menasihatkan kamu semua tentang menggunakan masa dengan bijak. Jika bijak,pasti kamu semua boleh berseronok dan mengulangkaji pada masa yang sama.

Pada hari Isnin hingga jumaat luangkan sedikit masa untuk belajar dan ulang kaji. Mungkin pada siang hari anda boleh mengulang kaji dan pada waktu malam anda boleh bermain komputer atau meluangkan masa bersama keluarga dengan pergi bersiar-siar atau menjamu selera di restoran atau sebagainya.

Pada hujung minggu, anda boleh pergi ke taman riadah atau pergi mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Marina Bay, Fort Caning, Bukit Chandu dan lain-lain. Ada juga rakan-rakan yang harus menyertai kem mendaki. Saya harap anda akan menambah ilmu dan dapat melakukan yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.Denagn itu saya ingin menghundurkan diri. Jangan risau pada cuti sekolah kru BML tetap akan mengemaskini blog dan memasukkan lagu dan informasi.

Kata-Kata Pujangga

Khabar kawan-kawan, saya percaya kamu semua ada "motto" dan ikut kata-kata pujangga(quotes).Saya telah menyediakan beberapa kata-kata pujangga untuk kamu semua.

Tentang Masa:"Saya percaya;esok sudah tidak boleh mengubah apa yang akan terjadi hari ini,tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
"Yang telah berlaku biarkan ia berlalu,yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Tentang Rancangan kita:"Tiada manusia yang hidup untuk gagal,tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
"Hidup ini adalh keputusan diri sendiri."

Untuk & Tentang Kawan:"Kita bermula sebagai kawan yang baru."
"Kawan ketawa mudah cari,kawan menangis keseorangan diri."

Tentang Realiti:"Manusia gagal bukan kerana kebodohan,tetapi mereka gagal kerana melakukan pekara yang bodoh."
"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga mustahil pun bisa terjadi."
"Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat."

Kata Pujangga Saya:"Hidup tanpa cita-cita,sia-sia.Hidup tanpa usaha,tak ke mana-mana."

Terima Kasih, Idris.

Periksaan

Selamat bertemu semua!

Seperti yang anda tahu, peperiksaan SA1 telah berakhir. Mungkin ada di antara anda yang sedang sedih dand menangis di atas katil dan ada pula yang sedang gembira dan melompat-lompat kegirangan. Itu semua tergantung kepada keputusan individu tersendiri. Perasaan-perasaan itu semua ada dalam diri saya. Saya bangga dan gembira kerana setelah kerja keras saya, akhirnya berbuah juga hasilnya. Saya pun kecewa dengan keputusan Matematik saya.

Tetapi, tidak mengapa kerana saya tidak mudah putus asa. Malah, saya akan tetap berusaha dan berikhtiar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan yang saya inginkan. Setelah selesai ujian, biarkan diri anda masa untuk berehat dan jangan menyesal dan memikirkan bahawa anda boleh menjawab soalan itu dengan lebih baik. Akhirnya, anda boleh menggunakan ujian untuk meninjau dan meningkatkan prestasi dan pengertian anda. Jika anda mempunyai ujian lain yang akan datang, cuba mempersiapkan diri untuk itu tetapi membiarkan diri anda masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum itu.

Pantun Nasihat Belajar:

Pak Salleh memasang bubu,
Ketika petang cuaca redup,
Kalau tuan ingin tahu,
Ilmu itu penyuluh hidup.

Makan sireh duduk bersila,
Sambil duduk bergurau senda,
Sekiranya ilmu penuh didada,
Hidup tidak gelap gelita.

Mak Munah pergi ke perigi,
Pergi bersama anaknya Siti,
Tuntutlah ilmu setiap hari,
Untuk kesenangan diri sendiri.

Pak Abu menebar jala,
Jala ditebar di sungai Linggi,
Walau ilmu penuh didada,
Jangan suka menyombong diri.

Itulah pantu-pantun yang saya dapat cari dari lelaman. Harap anda lakukan yang terbaik bagi peperiksaan yang akan datang. Saya harap anda tidak akan berhenti belajar hanya kerana patah hati desebabkan tiodak lulus bagi peperiksaan SA1, ya?

Kredit: http://cindai98.tripod.com/pantun.htm

Terima kasih & jangan lupa tinggalkan komen anda!

~ Nur Qamariah 6Courage

Selasa, 20 April 2010

Lisan - Perbualan Berkaitan Gambar

Para pelajar sekalian, ujian lisan akan tiba tidak lama lagi. Sudahkah para pelajar bersedia? Hari ini cikgu ingin berkongsi tip-tip yang boleh pelajar gunakan semasa menjawab soalan bagi bahagian C: Perbualan Berkaitan Gambar. Bagi pelajar-pelajar darjah 6, kamu merupakan kohort pertama format baru ini.

Perbualan berkaitan gambar sebenarnya serupa dengan karangan bertulis yang pelajar selalu buat. Ini bermakna isi perbualan kamu perlu sistematik - ada rangka seperti permulaan, bahagian pertengahan (isi) dan juga pengakhiran (refleksi).

Aturkan isi-isi yang ingin disampaikan mengikut format 5W1H - Siapa? Bila? Di mana? Apa? Mengapa? dan Bagaimana?

Sebagai contoh: jika kamu mendapat gambar di taman haiwan sebagai gambar penerangan (bahagian B), soalan yang akan diajukan kepada kamu pastinya berkaitan dengan tema gambar tadi - tema: tempat awam, tempat menarik yang terdapat di Singapura atau sebagainya.

Soalan: Ceritakan pengalaman kamu melawat ke satu tempat menarik di Singapura.

Bagaimana kamu hendak menjawab soalan ini? Gunakan teknik yang telah cikgu terangkan di atas tadi:

Permulaan:
Saya pernah melwat ke sebuah tempat menarik di Singapura. Tempat itu adalah .......
Saya pergi ke sana bersama keluarga saya pada tahun lepas. Kami pergi ke sana kerana .......

Pertengahan (Isi):
Terangkan apa yang berlaku di tempat itu. Lebih baik lagi jika kamu dapat menceritakan satu peristiwa menarik yang berlaku semasa kamu berada di tempat itu. Terangkan juga perasaan atau reaksi kamu terhadap peristiwa yang berlaku itu.

Berikan sekali cadangan atau saranan kamu. Contoh: Pada pendapat saya..... atau Jika saya orang itu, saya akan ...... dan sebagainya.

Memberikan refleksi atau pengajaran yang kamu dapat daripada peristiwa atau lawatan itu juga perlu. Contoh: Peristiwa ini telah membuat saya ......

Cikgu berharap tip-tip ini dapat membantu para pelajar menjawab bahagian C dengan baik dan lancar. Yang penting, pelajar banyakkan membaca. Pada hari peperiksaan, tenangkan fikiran dan tidak perlu panik. Jawab soalan guru dengan tenang dan yakin.

Semoga para pelajar berjaya dengan cemerlang!


Salam hormat,
Cikgu Noor

Khamis, 8 April 2010

Tip-tip untuk belajar

1. Belajar dalam sebuah kumpulan
Belajar dalam sebuah kumpulan lebih menyenangkan kerana ditemani oleh teman dari berada di rumah sendiri. Belajar dalam sebuah kumpulan ada baiknya mengajak teman yang pandai dan rajin belajar agar yang tidak pandai jadi ketularan pintar.

2. Rajin Membuat Catatan Intisari Pelajaran
Bahagian-bahagian penting dari pelajaran sebaiknya dibuat catatan di kertas atau buku kecil yang dapat dibawa kemana-mana sehingga dapat dibaca di mana pun kita berada. Namun catatan tersebut jangan dijadikan media mencontek karena dapat merugikan kita sendiri.

3. Membuat Perencanaan Yang Baik
Untuk mencapai suatu tujuan biasanya diiringi oleh rencana yang baik. Oleh karena itu ada baiknya kita membuat rencana belajar dan rencana pencapaian nilai untuk mengetahui apakah kegiatan belajar yang kita lakukan telah maksimal atau perlu ditingkatkan. Sesuaikan target pencapaian dengan kemampuan yang kita miliki. Jangan menargetkan yang yang nomor satu jika saat ini kita masih di luar 10 besar di kelas. Buat rencana belajar yang diprioritaskan pada mata pelajaran yang lemah. Buatlah jadwal belajar yang baik.

4. Disiplin Dalam Belajar
Apabila kita telah membuat jadual belajar maka harus dijalankan dengan baik. Contohnya seperti belajar tepat waktu dan serius tidak sambil main-main dengan konsentrasi penuh. Jika waktu makan, mandi, ibadah, dan sebagainya telah tiba maka jangan ditunda-tunda lagi. Lanjutkan belajar setelah melakukan kegiatan tersebut jika waktu belajar belum usai. Bermain dengan teman atau game dapat merusak konsentrasi belajar. Sebaiknya kegiatan bermain juga dijadualkan dengan waktu yang cukup panjang namun tidak melelahkan jika dilakukan sebelum waktu belajar.



Terima kasih, http://organisasi.org/tips-dan-trik-cara-belajar-yang-baik-untuk-ujian-ulangan-pelajaran-sekolah-bagi-siswa-sd-smp-sma-serta-mahasiswa



Kami harap anda akan gunakan tip-tip ini dengan baik (:

Oleh Ain Nadirah

Isnin, 15 Mac 2010

Pantun teka - teki

Pantun teka - teki ini kami sediakan untuk kawan - kawan mencuba menjawabnya. Anda bukan sahaja boleh merehatkan minda selama cuti sekolah ini, malahan anda juga membolehkan minda anda bekerja. 5 orang pertama yang pertama yang mejawab kesemua pantun teka - teki ini dengan betul anda akan memperolehi hadiah daripada kami. Tarikh tutup kuiz ini adalah 31 Mac 2010 bulan ini. Anda boleh hantarkan jawapan anda kepada kami


Soalan 1:

Ada satu isteri yang baik,
Ia berjalan adik-beradik,
Sebab budi bahasa baik,
Enam puluh anak di didik.

Soalan 2:
Bunyi bising sepeti syaitan,
Terhinggut-hinggut jalan perlahan,
Badannya panjang seperti lipan,
Sanggup memikul seberat-berat muatan.

Soalan 3:
Bulat dia macam telinga,
Tumbuhnya dia merata-rata,
Bila hujan, banyaklah dia,
Boleh disayur berbagai cara.

Soalan 4:
Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Jika tuan orang yang pintar,
Ular apakah yang membelit pinggang.

Ingat ya kawan - kawan semua. Jangan tak sertai kuiz ini! Siapa yang malu, dia yang rugi!:P Kami akan memberikan hadiah selewat - lewatnya pada awal bulan April. Jangan lupa sertakan nama, kelas melayu dan tarikh anda hantar. Anda tidak perlu mencetak jawapan. Tulis sahaja di kertas kosong. Anda digalakkan menyertai kuiz ini! Sekian terima kasih. Selamat mencuba!

~ Qamariah & Shukrina*

Pantun Nasihat

Pantun Budi Bahasa:

Anak merak kampung Cina,
Singgah berhenti kepala titi,
Emas perak kebesaran dunia,
Budi bahasa tidak dapat dicari.


Pantun Warga Negara:


Sungguh harum si bunga Sena,
Tumbuh pula di rumah pangsa,
Jadilah warga yang berguna,
Dapat kita membela bangsa.

Pantun Ilmu:

Gunung tinggi indah berbanjal,
Banyak tumbuh si pohon ara,
Jangan malas apabila belajar,
Tiada ilmu hidup sengsara.

~ Qamariah & Shukrina :P
Diambil dari buku 'Pantun Melayu Warisan Bangsa'

Khamis, 4 Mac 2010

Berita Admiralty

Berita Admiralty
Sudah beberapa minggu kami tidak tulis apa-apa dalam Lensa.
Jadi, sekarang kami sudah memikirkan beberapa topik untuk Berita Admiralty.

Kertas Ujian
Kawan-kawan pasti sudah membuat ujian, ya? Ada yang merasakan bahasa ia susah, ada yang berkata ia senang, masing-masih lah ya? Sekarang, guru kami sedang memberikan kami kertas-kertas itu semula untuk membuat pembetulan. Kawan-kawan gembira akan keputusan sendiri? Ada yang tidak gembira dengan keputusan mereka juga.. Harap-harap kawan-kawan akan lulus semua subjek dengan cemerlang (:

Cerita Jenaka 2

“Jawablah teka-teki itu. Biar saudagar itu benar-benar berpuas hati,” titah Baginda Raja kepada Pak Belalang.
“Tuanku!” kata Pak Belalang. “Tadi patik sudah memberitahu. Kitab nujum patik sudah tinggal satu halaman akhir.”
“Tadi Ahli Nujum memberitahu beta bahawa masih boleh menujum untuk hari ini. Selepas hari ini, barulah tidak boleh menujum lagi. Jawablah teka-teki itu, walaupun dengan hanya sepatah perkataan saja,” titah Baginda Raja.
Pak Belalang tidak mempunyai sebarang alasan untuk berdalih lagi. Seisi istana senyap sunyi. Mereka tidak sabar menunggu Pak Belalang menunjukkan kepintarannya menjawab teka-teki itu!
“Silalah jawab, wahai Ahli Nujum Istana!” titah Baginda Raja lagi.
Apa lagi! Menggeletarlah kedua-dua lutut Pak Belalang. Badannya menggigil. Matilah aku sekali lagi, fikir Pak Belalang dalam hatinya. Sedihlah hati Pak Belalang mengenang akan nasib dirinya. “Hai, Belalang!” Pak Belalang mengeluh panjang sambil menyebut nama anaknya.
Sebaik saja mendengar kata-kata Pak Belalang itu, pengsanlah saudagar itu sekali lagi.
Baginda Raja turut terkejut apabila melihat saudagar itu pengsan sekali lagi. “Cuba lihat dalam genggaman saudagar itu. Apakah benda yang ada di dalam genggamannya?” titah Baginda Raja.
Sebaik saja genggaman itu dibuka, didapati ada seekor belalang. “Betullah jawapan itu tadi. Patutlah saudagar ini jatuh pengsan. Rupa-rupanya betullah belalang!” ujar Baginda Raja.
Seisi istana bersorak-sorai kerana Pak Belalang berjaya memberikan jawapan tepat.
Baginda Raja tersangat sukacita. Ketiga-tiga buah kapal dan segala isi muatannya menjadi milik baginda. Terpaksalah saudagar itu dan sekalian anak kapalnya pulang sehelai sepinggang dengan mengayuh perahu. Pak Belalang menerima hadiah harta kekayaan daripada raja. Namanya termasyhur sebagai ahli nujum terbilang dan menjadi sebutan di mana-mana saja. Sejak itu, Pak Belalang menjadi kaya-raya dan hidup bahagia.
Pak kaduk
Kisah ini bermula di dalam sebuah negeri yang diberi nama Cempaka Seri. Rajanya bernama Indera Seri. Raja Indera Seri ini terkenal dengan sikap sombong dan suka berjudi. Disebabkan keasyikannya menjadikan judi sebagai amalan seharian telah mendorong kebanyakan rakyat di negerinya leka dengan berjudi. Mereka terlalu asyik hingga melupakan syariat yang sepatutnya mereka ikuti kerana pada ketika itu raja-raja dan orang-orang besarnya memang amat suka melakukan pemaksiatan tersebut.

Di tepi hulu sungai negeri tersebut tinggal seorang tua dalam umur pertengahan bernama Pak Kadok. Pak Kadok seorang yang lurus bendul dan kurang daya pemikirannya. Pada suatu hari Pak Kadok berkata pada isterinya Siti, "aku ingin pergi menyabung digelanggang baginda Raja kerana aku amat suka melihat keadaan orang yang ramai menyabung di situ". "Kita bawa si Kunani ayam kita sebab ayam ni amat bertuah, kita pertaruhkan kampung kita kepada Raja, kalau kita menang tentulah kita akan mendapat duit dari Raja" sambung Pak Kadok Lagi.

Isteri Pak Kadok berkata,"jika begitu baiklah, pergilah awak menyabung bawa ayam kita. Sahut Pak Kaduk," jahitkan baju dan seluar aku dahulu dari kertas yang baru kubeli ini. Lekaslah menjahitnya.

Kata isteri Pak Kadok, "bagaimana hendak membuat baju dan seluar ini?, kalau dipakai tentu akan koyak. Tak mengapa buatkan juga aku nak pergi" rungut Pak Kadok.

Isteri Pak Kadok tidak berdaya lagi melayan percakapan Pak Kadok, lalu ia mengambil gunting dan mula mengunting kertas tersebut untuk dibuat seluar dan baju. Pak Kadok menyuruh isterinya supaya tidak menjahit seluar dan baju tersebut hanya perlu guna pelekat sahaja supaya cepat siap.

Apabila siap, Pak Kadok dengan berasa bangga memakainya dan pergilah ia kegelanggang tersebut. Selang tiada berapa lamanya Pak Kadok sampai digelanggang tersebut. Baginda Raja kenal dengan Pak Kadok, apabila baginda terlihat Pak Kadok lalu disapanya, "hai Pak Kadok apa khabar? menyabung kita?".

Maka Pak Kadok pun segeralah menyembahkan ayam sabungannya kepada baginda. Setelah diamati baginda berasakan ayam sabungan Pak Kadok amat berpontensi untuk menang. Lalu baginda mencadangkan agar ayam sabung Pak kadok ditukar dengan ayam sabungannya. Baginda berkata " Pak kadok ambilah ayam sabung beta yang amat bertuah ni berbanding dengan ayam Pak Kadok yang kurang tuahnya".

Setelah mendengar titah Raja tersebut, Pak Kaduk dengan suka citanya bersetuju untuk menukar ayam sabungannya dengan Raja. Setelah pertukaran dibuat, baginda Raja bertanya pada Pak Kadok "apakah pertaruhannya kita kali ini?". Maka sembah Pak Kadok, "ampun tuanku, patek ini tiada harta hanya kampung tempat tinggal patek yang ada, jadi kampung tersebut patek pertaruhkan". Baginda Raja bersetuju dengan apa yang Pak Kadok persembahkan.

Pak Kadok mengadaikan kampung halamannya sebanyak 100 Rial atas persetujuan bersama baginda Raja. Tetapi baginda Raja telah menyorok sebahagian wang gadaian tersebut. Setelah persetujuan pertaruhan selesai penyabungan pun bermula.

Dalam pertempuran tersebut ayam sabungan Pak Kadok Si Kunani telah berjaya mengalahkan ayam sabungan Baginda Raja Si Jalak. Setelah melihat Si Jalak sudah mati, Pak Kadok melompat kegembiraan sehingga terlupa bahawa Si Kunani telah menjadi milik Raja. Oleh kerana terlalu asyik melompat kegembiraan seluar dan baju kertasnya tadi habis terkoyak dan bertaburan, bertelanjang bulatlah Pak Kadok di khalayak ramai.

Semua orang termasuk baginda Raja tertawa terbahak-bahak melihat telatah Pak kadok. Baru Pak Kadok perasan bahawa pakaiannya sudah koyak semuanya. Pak Kadok berasa amat malu lalu terus melarikan dirinya tanpa menoleh kiri dan kanan.

Baginda Raja berkata, "malang sungguh Pak Kadok ayam sabungnya menang tapi kampung tergadai.

Ini adalah sebahagian cerita Pak Kadok yang banyak memberikan kita pengajaran dalam kita mengharungi kehidupan yang mendatang.

Oleh Qamariah, Shukrina dan Ain :)

Permainan Tradisional

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita.Asas penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah kesergaman cara hidup nenek moyang kita.Kegiatan harian,bermusim dan tahunan daripada individu ke individu tidak banyak berbeza.

Apabila sesuatu permainan diadakan di sebuah kampung,penduduk kampung berdekatan turut berkunjung untuk mengambil bahagian atau sekadar memberi semangat. Suasana pesta di padang permainan boleh mewujudkan interaksi sosial di antara kampung-kampung yang mengambil bahagian. Oleh yang demikian permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah guli, congkak, wau, selambut, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Diambil dari http://malaysiana.pnm.my/03/03pengenalan.htm


Yang benar,Idris 6Challenge.

Cerita jenaka

Pak Belalang

Pada suatu hari, datanglah seorang saudagar ke istana. Oleh sebab saudagar itu seorang yang sangat kaya-raya, Baginda Raja menyambut kedatangannya dengan penuh acara gilang gemilang.
“Patik mendapat khabar tuanku mempunyai seorang ahli nujum yang sangat pintar dam masyhur. Patik ingin menguji kepintaran ahli nujum itu,” kata saudagar tersebut.
Baginda Raja bersetuju dengan cadangan saudagar itu. Syarat yang dikenakan ialah jika saudagar itu menang, beliau akan memperoleh hadiah seratus peti berisi emas. Jika kalah, tiga buah kapal dan segala muatannya yang dimiliki saudagar itu akan diberikan kepada raja.
Baginda Raja lalu memanggil Nujum Pak Belalang dan memberitahu tentang perkara itu. Mahu tidak mahu, terpaksa Pak Belalang bersetuju. “Matilah aku kali ini!” ujar Pak Belalang dalam hatinya. Badannya sudah menggigil.
Pada sebelah malamnya, Pak Belalang memberitahu hal itu kepada anaknya. Belalang turut bersedih hati. “Hendak lari, sudah tidak dapat lagi. Kalau tidak lari, esok akan mati!” kata Pak Belalang sambil menangis. “Inilah akibatnya, kalau hidup suka menipu,” fikir Pak Belalang lagi. Semalam-malaman itu, Pak Belalang tidak dapat tidur kerana asyik menangis tersedu-sedu.
“Nasi sudah menjadi bubur. Esok akan masuk kubur!” Pak Belalang asyik berkata begitu sepanjang malam itu.
Manakala anaknya, Belalang pula tidak mahu berputus asa. Belalang lalu berkayuh perahu dan pergi ke kapal saudagar tersebut. Dia naik ke atas kapal dan mengintip perbualan saudagar itu. Sekali-sekala, dia mendengar saudagar itu ketawa. “Pak Belalang itu tentu tidak akan dapat menjawab teka-teki kita,” kata saudagar itu kepada beberapa orang anak buahnya.
Belalang sangat gembira kerana dapat mengintip rahsia teka-teki saudagar itu. Dia segera berkayuh pulang untuk memberitahu jawapan teka-teki itu kepada bapanya. Ketika tiba di rumah, dia terdengar bapanya masih menangis, “Nasi sudah menjadi bubur. Esok akan masuk kubur!”
Keesokan harinya, Pak Belalang bersegera pergi ke istana. Mukanya berseri-seri. “Beta berharap Ahli Nujum Istana tidak akan memalukan beta,” ujar Baginda Raja. Pak Belalang tersenyum lebar sambil berkata, “Ampun, tuanku! Patik boleh menolong tuanku untuk memenangi teka-teki ini. Tetapi hendaklah dengan suatu syarat.” Baginda Raja ingin mengetahui syarat itu. “Hari ini, kitab nujum patik sudah tinggal satu halaman terakhir. Selepas itu, patik tidak boleh menjadi penujum lagi. Jikalau patik menujum juga, nescaya patik akan menjadi batu.”
Termenunglah Baginda Raja mendengar kata-kata itu. “Baiklah! Beta bersetuju dengan syarat itu,” ujar baginda.
Gong dipalu tiga kali menandakan pertandingan itu akan dimulakan.
“Teka teki pertama,” saudagar memulakan teka-tekinya. “Apakah jawapan bagi perkara ini: Banyak, sedikit, jarang-jarang, kadang-kadang.”
Pak Belalang lalu menjawab, “Banyak ialah orang beristeri satu. Sedikit ialah orang yang beristeri dua. Jarang-jarang ialah orang yang beristeri tiga. Kadang-kadang ialah orang beristeri empat.”
Termenunglah saudagar itu mendengar jawapan tersebut. Pintar sungguh ahli nujum ini, fikirnya dalam hati. “Betullah jawapan itu,” saudagar tersebut mengakui jawapan Pak Belalang.
“Teka-teki kedua,” kata saudagar itu lagi. “Sekarang tengok batang kayu yang terapung di atas permukaan air ini. Yang manakah pangkalnya dan yang manakah pula hujungnya?”
Pak Belalang berpura-pura termenung sejenak sambil terkomat-kamit membaca mantera. Raja dan para pembesar berasa cemas kalau-kalau Pak Belalang tidak dapat menjawab teka-teki yang semakin sukar itu.
“Yang tenggelam itulah pangkalnya kerana lebih berat. Yang terapung itu ialah hujungnya kerana lebih ringan,” Pak Belalang memberikan jawapannya.
“Betul,” ujar saudagar sambil termenung panjang. Dia tidak menyangka Pak Belalang sungguh pintar.

“Teka-teki terakhir,” ujar saudagar itu lagi. “Dalam bekas air yang besar ini ada dua ekor itik yang sama rupanya. Yang manakah itik jantan dan yang manakah pula itik betina?”
Raja, para pembesar, dan sekalian rakyat yang hadir berasa sangat cemas. Mereka sendiri tidak dapat membezakan jantina kedua-dua ekor itik itu. “Kalahlah beta, kalau Ahli Nujum Istana tidak dapat menjawab teka-teki terakhir ini,” Baginda Raja berkata dalam hatinya.
Lambat-lambat Pak Belalang memberikan jawapannya, “ Yang hadapan itu ialah itik betina dan yang di belakang itu pula ialah itik jantan.”
Terkejutlah saudagar itu apabila mendengar Pak Belalang dapat memberikan jawapan yang tepat. Namun, dia masih belum berpuas hati, “Berikan alasannya sebelum jawapan ini dapat disahkan.”
“Alasannya mudah saja. Itik jantan mengejar itik betina. Tidak pernah terjadi, itik betina mengejar itik jantan. Itulah sebabnya itik jantan berada di belakang dan itik betina berada di depan,” Pak Belalang memberikan alasannya.
Pengsanlah saudagar itu apabila mendengar jawapan tersebut. Raja, para pembesar, dan sekalian rakyat yang hadir bersorak-sorai mendengar jawapan tepat daripada Pak Belalang. Baginda Raja berasa sangat sukacita kerana berjaya memenangi pertandingan teka-teki itu.
Tidak lama kemudian, sedarlah saudagar ini daripada pengsannya. Sebaik saja dia berdiri, tiba-tiba seekor serangga terbang hinggap di lengannya. Dia segera menangkap dan menggenggam serangga itu.
“Wahai Ahli Nujum Istana! Jikalau kamu benar-benar pintar menujum, cubalah teka apakah yang ada di dalam genggamanku ini?” saudagar itu masih ingin menguji kepintaran Pak Belalang.
“Wahai saudagar! Kita sudah berjanji, jumlah teka-teki hanyalah tiga soalan sahaja. Semua sudah berjaya kujawab dengan tepat,” ujar Pak Belalang.
Semua yang hadir berdiam diri.

BERSAMBUNG...

Makanan Tradisional Melayu.

Makanan Melayu terkenal kerana rasanya yang pedas dan lauknya yang berempah. Jikalau di perhatikan secara teliti, makanan Melayu banyak dipengaruhi makanan negara-negara jiran seperti India dan China. Pada waktu dahulu, Asia Tenggara didatangi ramai peniaga-peniaga dari negeri India, China dan juga negeri-negeri Arab yang datang dengan tujuan untuk berdagang. Mereka memperkenalkan makanan tradisional mereka dan makanan ini mempengaruhi makanan Melayu sekarang.

Makanan-makanan tradisional yang masih popular: (contoh-contoh)
- Lauk Rendang
Lauk berempah yang sering dihidangkan sewaktu perayaan Hari Raya. Boleh dimakan bersama nasi, roti atau ketupat.

- Satay
Masih lagi digemari ramai. Bahan-bahan utamanya ialah daging ayam, lembu atau babat. Satay dihidangkan bersama kuah kacang yang berempah dan pedas.

- Nasi Lemak
Nasi yang ditanak bersama santan. Dihidangkan bersama sambal telur ataupun ikan bilis.

Makanan-makanan tradisional yang kurang popular… (contoh-contoh)
- Nasi Dagang
Merupakan campuran beras pulut dan beras biasa. Setelah ditanak, ia kemudian
dicampur dengan santan. Hidangan ini sentiasa dimakan bersama lauk kari ikan ataupun ulam.

Isnin, 22 Februari 2010

Sejenak bersama... Cikgu Sanisah :)

Inilah Sesi ke-2 'Sejenak bersama...' dan pada sesi ini, kami telah membuat interviu bersama Cikgu Sanisah.
Begini soalan dan jawapan yang dibualkan dalam sesi tersebut.

Sudah berapa lamakah Cikgu Sanisah menjadi guru?
Selama 10 tahun.

Apakah yang menyebabkan cikgu memilih kerjaya ini?
Cikgu suka mendidik murid-murid bangsa melayu ke tahap yang lebih tinggi.

Cuba ceritakan pengalaman manis cikgu.
Pengalaman ini berlaku pada tahun kedua (2002) saya mengajar di Sekolah Rendah Admiralty.Pada waktu itu, cikgu sedang mengajar Darjah 6. Pada hari yang agregat PSLE diumumkan, cikgu mendapat hadiah daripada salah satu anak murid perempuannya. Cikgu terkejut lalu menanyakan mengapa dia memberinya hadiah. Murid itu berkata kepada cikgu: "Kerana cikgulah yang membuat saya dapat gred A* untuk Bahasa Melayu".

Pengalaman pahit pula?
Ia berlaku setiap tahun. Semua pelajar Darjah 1 saya tidak mahu masuk kelas kerana mereka merasa saya terlalu garang dan sensitif.

Apakah nasihat cikgu kepada pelajar semua?
Bahasa melambangkan bangsa. Jika kita tidak berbual dalam Bahasa Melayu, bahasa ini akan pupus selama-lamanya.

Begitulah nasihat dan pengalam Cikgu Sanisah menjadi seorang guru.
Kawan-kawan ingin tahu lanjut tentang guru Bahasa Melayu anda?
Komenkan guru mana kawan-kawan ingin kami interviu seterusnya.

Di sini sahaja,
Ain Nadirah :)

Rabu, 10 Februari 2010

Berita Admiralty

Apa khabar kawan-kawan?
Minggu ini sudah masuk minggu ke.. 6!
Wah, cepat juga ya masa berlalu?
Jadi, kami semua harus bijak-bijak meluangkan masa :D

Pada minggu ini, 'Berita Admiralty' hanya mempunyai 2 topik, bukan 3.
Kalau kawan-kawan boleh sumbangkan lagi satu topik, bolehlah saya tuliskan 3 topik.

Pertandingan poster: Biodiversity
Awal minggu ini, ada seorang guru yang telah berkata sedikit tentang pertandingan ini.
Kami harus melukis, mewarna dan mencantikkan karya kami.
Dalam karya kami, haruslah ada sesuatu berkaitan dengan alam sekitar seperti manusia/bintang & pokok-pokok.
Jikalau karya kami dipilih dan memenangi peraduan ini,
kami akan ke negeri Jepun (jika tidak silap saya) untuk mendapat hadiah.
Kagum saya :D

Jumaat akan datang
Kawan-kawan ada abang/kakak yang sudah meningkat ke sekolah menengah?
Pernahkah mereka belajar di sekolah ini?
Jika ya, mereka boleh datang ke sekolah untuk bertemu dengan guru yang telah mengajar mereka pada beberapa tahun dahulu.
Tetapi mereka haruslah buat temujanji dahulu :D
Jika tidak, pegawai di pagar sekolah tidak akan benarkan mereka masuk sama sekali!

-Ain Nadirah
6 Endurance

Jumaat, 5 Februari 2010

Sejenak bersama Cikgu Hamimah


Sesi ini adalah untuk kita lebih mengenali guru-guru kita terutama sekali yang telah berpengalaman.Kita dapat lebih rapat dengan mereka. Mungkin guru-guru yang saya,Ain dan Shukrina telah menemubual ini tidak pernah atau pernah mengajar kawan-kawan.Samaada guru tersebut pernah atau belum pernah mengajar kawan-kawan, saya pasti kawan-kawan mengenali mereka.

Minggu ini pada hari Khamis kami bertiga telah menemubual seorang guru.Ini adalah pertama kali kami menemubual dengan seorang guru untuk menanyakan tentang pengalaman mereka menjadi seorang guru dan sebagainya jadi rasanya malu-malu gitu dan ragu-ragu.Tetapi tidak mengapa.Kami berjaya mendapatkan jawapan bagi soalan tertentu. Inilah guru yang kami telah menemubual:

Nama: Hamimah
Umur: 33
Soalan:

Kami : Sudah berapa lamakah cikgu menjadi guru?
Cikgu Hamimah : 8 tahun

Kami : Apakah yang menyebabkan cikgu memilih pekerjaan ini bagi kerjaya
cikgu?
Cikgu Hamimah : Ini sebenarnya cita-cita saya sejak kecil lagi.Saya mendapat
inspirasi daripada cikgu saya sendiri yang telah membimbing saya.

Kami : Cuba ceritakan pengalaman manis cikgu selama 8 tahun menjadi seorang
guru
Cikgu Hamimah : Pengalaman manis saya ialah apabial saya mengajar murid tersebut, dia
mendapat keputusan cemrlang dalam pelajarannya.Itu membuktikan yang
saya dapat memberikan sesuatu kepada anak murid saya iaitu pengajaran
yang sempurna dan baik.

Kami : Bagaimana pula dengan pengalaman pahit?
Cikgu Hamimah : Pengalaman pahit...
Pengalaman pahit saya agaknya apabila saya terpaksa ditugaskan
menjaga dan mengajar murid-murid di kelas aliran bawah.Mereka bukan
sahaja degil, malas tetapi memberontak setiap kali diberikan
tugasan.Saya terpaksa menghadapi semua itu selama 1tahun.Tetapi yang
bagusnya pulak murid-murid itu tetap menghormati saya apabila melihat
saya di luar mereka akan mengucapkan 'Selamat pagi' dan sebagainya.

Kami : Apakah pula nasihat kepada semua pelajar di luar sana?
Cikgu Hamimah : Murid-murid semua harus ingat, ilmu pengetahuan adalah kunci
kejayaan.Tanpa duit, masih boleh mencarinya dan bekerja.Tanpa ilmu
murid-murid tidak akan ke mana...

Itulah nasihat dan kata-kata perangsang dari Cikgu Hamimah.Dia pernah mengajar saya dan Ain pada darjah satu dan dua.Kata-kata aluannya tidak ubah-ubah.Kami masih ingat akan kata-kata itu.Di sini sahaja sesi pertama'Sejenak bersama...'saya. Ingat ya kawan-kawan, jangan lupa tinggalkan komen!:)

Qamariah~

Rabu, 3 Februari 2010

Berita Admiralty

3 Februari 2010

Selamat datang ke Lensa Admiralty!
Cikgu Noor sudah pun meletakkan lagu, teka silang kata dan banyak lagi.
Jadi, kawan-kawan bolehlah komen lebih banyak tentang Lensa Admiralty ini.

• Perjumpaan ibu bapa/waris
• Pemeriksaan seragam sekolah.
• Perayaan akan datang..

Perjumpaan ibu bapa/waris

Hari ini, ibu bapa atau waris kami telah datang ke sekolah. Mereka datang untuk melihat prestasi kami dalam darjah-darjah tentu. Mereka juga boleh mengetahui format-format peperiksaan.

Pemeriksaan seragam sekolah.
Kawan-kawan sudah diperiksa oleh Mr Tan & Ms Goh?
Beberapa kelas sudah melaluinya, kami tidak benarkan ;
` memakai anting-anting
` mewarnakan rambut
` memakai aksesori rambut berwarna selain warna hitam/ biru gelap
` memakai 'nail polish'
` menyimpan kuku panjang
` memakai stoking pendek sehingga tidak ternampak
& memakai kasut sukan.
Pastikan kawan-kawan semua tidak melanggar peraturan sekolah ya?

Perayaan akan datang..
Kaum Cina akan merayakan perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Lagu-lagu seperti 'Gong Xi Gong Xi' sudah mula dinyanyikan.

Hari Pertahanan Mutlak sudah dekat.
Pasti kawan-kawan semua tahu kenapa kami menyambutnya, ya?
Saya akan tulis lebih minggu depan mengenai ini.

Jangan lupa mengunjungi blog ini lagi,ya?

Ain Nadirah ~

Selasa, 2 Februari 2010

Klip Video Bulan Ini - Refleksi Anda

Cikgu telah meletakkan klip video nyanyian Taufik Batisah dan Hady Mirza yang bertajuk 'KepadaNya'.

Cikgu berharap selepas pelajar menonton klip video ini, catatkan refleksi pelajar di bahagian komen. Pelajar boleh membuat refleksi tentang lirik lagu ini - contohnya: Apakah perkara yang ingin disampaikan penulis lagu ini? Apakah kesan lagu ini kepada pelajar dan sebagainya...

Ambillah bahagian ya - sertakan nama penuh pelajar berserta nama guru Bahasa Melayu kerana setiap refleksi akan diberikan cenderahati.

(Jangan komen tentang suara penyanyi ya...refleksi tentang isi lagu ini.)

Teka Silangkata 1


Kuiz bulanan sudah pun dimulakan. Kepada para pelajar yang ingin mengambil bahagian, sila cetak teka silangkata 1. Isikan jawapan dan hantarkan jawapan kamu kepada guru bahasa Melayu kamu. Hanya sepuluh jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang. Apa lagi...jangan tunggu-tunggu lagi. Cetak soalan teka silangkata dan isikan jawapan segera!



Cikgu Noor

Rabu, 27 Januari 2010

Berita Admiralty

Apa khabar kawan-kawan semua?
Kami amat gembira setelah beberapa kawan-kawan telah pun memberikan komen.
Sekarang, kami sudah mempunyai cbox supaya kawan-kawan lebih mudah untuk komen tentang blog Lensa Admiralty ini (:

• Permulaan bahan bacaan ERP
• Bengkel Penulisan Kreatif (P6)
• Pembukaan Sudut Sains


Permulaan bahan bacaan ERP

Setiap hari Rabu, sebelum kami menyanyikan lagu ‘Majulah Singapura’ dan membaca ikrar Singapura , kami akan diberikan kertas yang berwarna kuning. Karangan, artikel, ulasan buku dan sebagainya disiapkan oleh guru-guru di Jabatan Bahasa Melayu khas untuk kami. Selalunya ada aktiviti untuk dilakukan yang berkaitan dengan cerita/artikel tadi. Kawan-kawan sudah melengkapkannya?

Bengkel Penulisan Kreatif (P6)
Pelajar-pelajar Melayu Darjah 6 sudah pun menjalani Bengkel ini. Kawan-kawan ingat? Sekarang kami di sesi kedua. Banyak perkara yang kami belajar, ya? Kami belajar lebih lanjut tentang karangan.

Pembukaan Sudut Sains
Sudut Sains sudah dibuka dan kawan-kawan boleh mengunjungi sudut ini semasa waktu rehat tersendiri. Mereka memberikan peluang kepada kawan-kawan untuk membuat sesuatu berkaitan dengan sains, seperti membina robot tersendiri!

Jika kawan-kawan punya idea untuk melebihkan Berita Admiralty pada minggu ini, sila komen topik yang ingin disampaikan. Maaf jikalau topik minggu ini membosankan, saya tidak punya idea!

Dihasilkan oleh Ain Nadirah
Pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Isnin, 25 Januari 2010

Beri Saranan Kamu!

Hai para pelajar sekalian,

Pejam celik pejam celik, sudah pun masuk minggu ke 4 kita bersekolah pada tahun 2010 ini. Di atas permintaan beberapa orang pelajar, cikgu telah memasukkan semula chat box kita. Namun, cikgu minta kerjasama pelajar sekalian - chat box itu hanyalah sebagai wadah berinteraksi dalam bahasa Melayu sahaja. Pelajar tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, bahasa pasar atau kata-kata kesat. Jika ada pelajar yang melanggar peraturan ini, cikgu terpaksa menutup chat box itu.

Bagi pihak Jabatan Bahasa Melayu ADMPS, cikgu ingin meminta saranan pelajar mengenai blog kita ini.

Apakah ruangan yang para pelajar ingin lihat, baca dan ambil bahagian?

Harap dapat catatkan saranan pelajar di dalam ruang komen. Kalau saranan pelajar bernas dan dapat dijalankan, pelajar akan mendapat cenderamata! Pastikan saranan pelajar itu logik dan boleh dijalankan, ya...

Cikgu nantikan saranan pelajar semua!

Salam sayang,
Cikgu Noor

Rabu, 20 Januari 2010

Kain Songket

Kawan-kawan tahu tak tentang kain songket? Hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang kain songket. Jadi,bolehlah kawan-kawan sedikit sebanyak. Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataaan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas atau perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai oleh golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Dari mana datangnya kain songket juga tidak dapat dipastikan.

Corak dan Motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekaligus mencerminkan citarasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:

- Susunan bunga penuh
- Susunan bunga bertabur
- Susunan bercorak

Cara membuat songket sangat sukar. Jadi, kita patut menghargai kain songket yang telah dibuat samaada yang telah sedia dijahit baju ataupun tidak. Di sinilah kami akan mengakhiri topik kami hari ini. Harap kawan - kawan semua terhibur!

Yang benar, murid - murid BML,
Qamariah, Shukrina, Ain
Azfar, Aqil dan Idris

Berita Admiralty

Berita Admiralty

• Persiapan SYF 2010
• Prefects Investiture
• Buku Tahunan

Persiapan SYF 2010
Malay Dance: Para Penari Tarian Melayu sedang menjalankan latihan intensif untuk mempersiapkan diri untuk SYF 2010. Kami berlatih setiap hari Jumaat dan Sabtu. Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pingat emas bagi tahun ini.

Prefects Investiture
Jikalau kawan-kawan pengawas sekolah, kawan-kawan pasti tahu tentang topik ini. Kami diberi pengiktirafan olah sekolah pada 14 Januari 2010. Kami harus mengangkat tangan kanan kami dan membaca ikrar di hadapan kawan –kawan kami semua di dewan. Sebagai pengawas, kami harus menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Pengawas juga perlu memastikan yang peraturan sekolah dipatuhi.

Buku Tahunan
Kawan-kawan sudah mendapat Buku Tahunan (Year Book) sendiri? Kawan-kawan gembira tak melihat wajah-wajah sendiri di dalam buku tersebut? Ada yang gembira dan ada yang tidak. Apa kata, kawan-kawan memberikan pendapat tentang Buku Tahunan ini?

Kelas Tambahan BM
Kelas Tambahan sudah bermula. Kawan-kawan sudah bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh? Jangan lupa untuk hadiri kelas tambahan, ya? Kita perlu berusaha untuk mencapai seberapa banyak bintang yang boleh!

Ditulis oleh Ain
Diedit oleh Shukrina & Qamariah
Pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Berita Sana - Sini

Kawan-kawan dengar tak berita terkini yang terdapat di Yahoo.sg hari ini?
Beginilah salah satu berita terhangat:


Seorang belia berusia 19 tahun ditangkap kelmarin kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes curi melibatkan teksi.

Menurut polis, belia tersebut ditangkap sekitar 11 malam di Tampines Street 21 dan akan dihadapkan ke mahkamah rendah pagi ini.

Kes-kes curi itu dilaporkan antara November lalu dengan bulan ini, dan berlaku di kawasan estet perumahan Tampines dan Simei.

Dalam kebanyakan kes, teksi-teksi itu dipecah masuk dan wang yang disimpan di dalamnya dicuri.

Malah, dalam beberapa kes belia itu disyaki melarikan teksi yang kuncinya ditinggalkan di dalam.

Namun, semua teksi yang dilarikan dijumpai pada esoknya.
Polis turut meminta syarikat teksi berwaspada.

Selain itu, DAC Teo menasihati orang ramai, terutama pemandu teksi, supaya mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga bagi mengekang jenayah serupa itu.

Ini termasuk meletak kereta di kawasan terang pada sebelah malam, mengunci semua tingkap dan pintu kenderaan walaupun semasa meninggalkannya seketika, memasang sistem semboyan kecemasan dalam kenderaan, mengeluarkan semua barang berharga dari kenderaan sebelum keluar, dan tidak meninggalkan kunci dalam kereta.

Apa pendapat kawan-kawan tentang perkara ini? Adakah remaja itu patut dilepaskan atau ..? Kawan-kawan boleh berikan komen di sini.

Oleh Idris, Azfar & Aqil
Murid-murid Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Selasa, 19 Januari 2010

Tahun Baru 2010 Azam Pun Perlu Baru

Salam sejahtera para pelajar sekalian. Mungkin tidak terlambat bagi Cikgu untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pelajar semua. Mungkin blog kita ini sudah lama tidak aktif tahun lepas tetapi Cikgu berharap tahun ini, blog kita akan menjadi seaktif lelaman yang lain. Harapan ini tidak akan terkabut jika para pelajar sendiri tidak melungsuri lelaman ini. Oleh itu, Cikgu meminta para pelajar mewar-warkan tentang "pembukaan semula" lelaman kita ini kepada teman-teman yang lain, ya!

Mulai tahun ini, ada sedikit pembaharuan yang akan berlaku. Sebagai permulaan, Cikgu telah melantik beberapa orang rakan pelajar untuk menyelenggarakan blog ini. Untuk penggal ini, enam orang pelajar darjah 6 akan membantu Cikgu. Jika tidak ada aral, pelajar-pelajar darjah 5 pula akan menyelenggarakan lelaman ini pada penggal depan. Jika ada pelajar yang berminat, silalah berjumpa Cikgu atau guru bahasa Melayu pelajar dan jangan lupa nyatakan hasrat pelajar itu.

Nantikan beberapa artikel menarik daripada rakan-rakan!