SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Jumaat, 5 September 2008

Aksi-aksi para peserta peraduan Sahibba





Salam Sejahtera murid-murid,
Lihatlah aksi-aksi teman-teman kamu...bersungguh-sungguh mereka cuba membina perkataan-perkataan daripada jubin-jubin yang mereka ada.Permainan SAHIBBA ini dapat meluaskan kosa kata murid-murid :)

Cikgu Fahizah

Bercerita Secara Kreatif Darjah 5




Muhd Daniyal B Raihan – 5 CO
Muhd Ryan B Badrolhaizat- 5 CH
Khairulamirin B Razali – 5 CO

Bercerita Secara Kreatif Darjah 4




Juara Bercerita Secara Kreatif
Qistina Khalisah Bt Arman – 4 RS
Nur Atikah Bt Zainal – 4 RS
Nur Benazir Bt Mohammad Ismail – 4 JU

Peraduan Berpantun Secara Kreatif




Juara Berpantun Secara Kreatif-Putri Afifah Bt Abdul Sahar – 3 ET
Nurul Izzah Bt Juffri – 3 GR

Peraduan Eja Tepat Darjah 3






Juara Eja Tepat - Muhd Zunnurain Akmal B Ahmad Suhaimi – 3 GA

Selasa, 12 Ogos 2008

Keputusan Peraduan SAHIBBA 2008

Salam sejahtera murid-murid,

berikut adalah keputusan bagi peraduan SAHIBBA (darjah 4 & 5)yang telah dijalankan pada 6hb Ogos 2008 sempena sambutan BULAN BAHASA 2008. Untuk makluman semua, terdapat dua kategori pemenang bagi peraduan ini. Kategori pertama ialah kategori Juara SAHIBBA Individu dan yang kedua ialah kategori Juara SAHIBBA Berkumpulan. Syabas diucapkan kepada semua pemenang SAHIBBA. Bagi para peserta yang lain, jangan putus asa. Tahun hadapan kamu masih lagi berpeluang untuk mencuba nasib dalam peraduan ini, ya.

Juara SAHIBBA Individu Darjah 4
- Muhammad Syahmi Rosmadi 4GR (152 markah)

Juara SAHIBBA Berkumpulan Darjah 4
- Muhammad Syahmi Rosmadi 4GR
- Muhammad Faris Heizer 4GR
- Adilah Zulfah Ahmad Suhaimi 4LO
- Azyan Syazwani Mohd Adam 4GR (408 markah)


Juara SAHIBBA Individu Darjah 5
- Hedry Q Amani Rizal Numeiry 5GA (156 markah)

Juara SAHIBBA Berkumpulan Darjah 5
- Nurin Insyirah Zulhisham 5CO
- Ili Nursyaza Md Azli 5CH
- Nur Hidayati Mohd Kuzaini 5ET
- Anil Mohan 5JU (508 markah)

Cikgu Hamimah

Rabu, 9 Julai 2008

Kuiz Bulan Julai

Kuiz untuk bulan Julai

Cipta 6 perkataan baru daripada perkataan yang terdahulu. Kamu hanya boleh mengubah SATU HURUF sahaja bagi membentuk perkataan baru itu.

Contoh:

(1) malam
(2) kalam
(3) salam
(4) silam
(5) siram
(6) tiram

Baiklah inilah perkataan pertama - SARANG

Kamu perlu mencipta 6 perkataan baru daripada perkataan SARANG ini mengikut contoh yang telah diberikan di atas, ya! Baca arahan dengan teliti, tau!

Hantarkan jawapan kamu melalui EMEL ke alamat: JabatanBahasaMelayu@gmail.com sebelum 1 Ogos 2008. Jangan lupa tuliskan nama penuh kamu, kelas dan juga guru Bahasa Melayu kamu juga.


Selamat mencuba! Ingat - Siapa Cepat, Dia Dapat!

Sabtu, 28 Jun 2008

Bulan Bahasa

Baru-baru ini Bulan Bahasa telah dilancarkan dengan slogan SEMPURNAKAN BAHASA, GUNAKAN SENTIASA. Saya rasa slogan ini sangat sesuai memandangkan pencemaran Bahasa Melayu sering berlaku dan sudah ramai murid yang tidak begitu selesa menggunakan Bahasa Melayu kerana lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sempena Bulan Bahasa ini juga, Sekolah Rendah Admiralty akan melancarkan Bulan Bahasa Ibundanya. Kami juga menyokong slogan yang sama. Guru-guru bahasa ibunda kita telah pun merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti untuk menyokong slogan ini.

Sama-samalah kita nantikan...pelancarannya pada Khamis depan.

Jika kamu ada komen atau pendapat mengenai Bulan Bahasa atau Bulan Bahasa Ibunda sekolah kita ini, harap hantarkan komen di sini.

Sekian. Terima kasih.

:)Cikgu Hartini

Jumaat, 20 Jun 2008

Sekolah Dibuka Semula...

Apa khabar murid-murid yang cikgu sayangi? Bagaimana cuti sekolah Jun ini? Tentu banyak yang telah dilakukan... ada yang pergi bercuti... ada yang cuba untuk membaca seberapa banyak buku... dan ada juga yang datang ke sekolah untuk menghadiri kelas-kelas tambahan terutama murid-murid darjah 6. Namun begitu, cikgu yakin kamu semua telah menggunakan masa cuti sekolah ini dengan sebaik-baiknya.

Cuti sekolah ini juga, cikgu ada buat satu kajian pada kertas karangan murid-murid saya. Cikgu ada senaraikan kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh murid-murid. Cikgu ingin berkongsi di sini tapi sedikit-sedikit kerana takut tidak dibaca oleh murid-murid kerana terlalu panjang. :)

1) ayat tergantung kerana tiada subjek

Sedang asyik bermain layang-layang, tiba-tiba tali layang-layang itu terputus.

2) ayat tergantung kerana tiada predikat

Sekarang Azman yang tinggal di Australia

3) ayat yang kata kerjanya menggunakan imbuhan yang salah

Amir perhatikan kawan-kawannya yang sedang bermain bola itu dari jauh.


Baiklah murid-murid, cikgu telah menyenaraikan tiga kesalahan di atas. Cuba kamu perbaiki kesalahan-kesalahan ini.

E-melkan ke alamat cikguhartini@yahoo.com.sg selewat-lewatnya 5 Julai 2008.

Sekian... jumpa lagi!!!

Salam sayang daripada Cikgu Hartini :)

Jumaat, 9 Mei 2008

Karnival Matematik dan Sains @ Pantai

Yayasan MENDAKI akan menganjurkan Karnival Matematik dan Sains @Pantai pada hari Sabtu, 17 Mei 2008 bertempat di Angsana Green, East Coast Park (berdekatan dengan tempat meletak kereta E2 dan Pusat Makanan East Coast). Beberapa aktiviti akan dijalankan pada hari tersebut seperti:

* Math Mastery Workshop oleh Adam Khoo Learning Centre
* Future of Science and Gaming oleh IBM
* Hands-on Exhibits oleh Singapore Science Centre

Selain daripada aktiviti-aktiviti ini, para pelajar juga boleh bermain "Pantas Pintas" bersama Suhaimi Yusof dan Rilla Melati. Pelajar yang meminati muzik pula boleh belajar Matematik melalui muzik bersama Didi Cazli dan Lovehunters. Ada juga persembahan silap mata oleh Imran.

Pelajar-pelajar dan ibu bapa digalakkan hadir ke karnival ini! Ayuh, pelajar-pelajar Admiralty, apa lagi yang ditunggu dan difikirkan? Beritahu ibu dan bapa tentang karnival ini. Luangkan masa pada 17 Mei untuk pergi ke karnival ini!

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Saudari Alia Latif di talian 6245 5764 atau
Saudara Hazri Munawar di talian 6245 5771.

Oh ya, masuk secara percuma! Tiada bayaran dikenakan, tau!


- Cikgu Noor -

Selasa, 6 Mei 2008

Kuiz Bulan Mei

Bagi kuiz bulan Mei, ini pelajar-pelajar perlu memikirkan 5 perkataan yang tercipta daripada suku kata terakhir perkataan yang sebelumnya. Sebagai contoh:

Bermula daripada perkataan "buku", kita boleh mencipta perkataan "kuda", -

buku - (1)kuda - (2)daki - (3)kira - (4)rasa - (5)sarapan

Pelajar tidak boleh mengulang semula perkataan yang telah diberikan atau digunakan. Perkataan-perkataan yang dicipta mestilah mengandungi sekurang-kurangnya dua suku kata.
Baiklah, perkataan yang akan cikgu berikan ialah:

BACA


Hantarkan jawapan-jawapan pelajar dengan secepat mungkin kerana hanya 10 penyertaan yang TEPAT dan CEPAT sahaja yang akan diterima sebagai pemenang!

Harap emelkan jawapan kamu ke alamat berikut:

JabatanBahasaMelayu@gmail.com

Jangan lupa tuliskan nama, kelas dan juga guru bahasa Melayu kamu juga.

Pelajar boleh menggunakan alamat emel LEAD.com kamu.

Tarikh tutup kuiz bulan Mei ialah 30 Mei 2008.

Jumaat, 2 Mei 2008

Keputusan Kuiz Bulan April

Cikgu telah menerima banyak penyertaan bagi kuiz Lensa bulan April ini. Malangnya, hanya 10 penyertaan yang pertama yang tiba dalam emel Jabatan atau pun yang diberikan kepada Cikgu melalui guru Bahasa Melayu pelajar-pelajar. Bagi mereka yang telah menghantarkan jawapan tetapi tidak terpilih, janganlah putus asa, ya. Bagi kuiz bulan Mei nanti, cubalah hantarkan jawapan kamu dengan secepat mungkin.

Inilah pemenang-pemenang bagi kuiz bulan April:

Peringkat P1 - P3:
1)Firdaus Abdul Mutalib - 3 Endurance (Guru: Cikgu Marwiyah)
2)Nuriffah Zafirah - 2 Challenge (Guru: Cikgu Sanisah)
3)Nur Batrisyia Abd Rasid - 1 Resilience (Cikgu Marwiyah)
4)Md Firdaus Md Moner - 3 Endurance (Cikgu Marwiyah)
5)Athirah Hassan - 2 Courage (Cikgu Sanisah)

Peringkat P4 - P6:
1)Nadiah Hazwani - 6 Endurance (Cikgu Hartini)
2)Adlyn Farzana - 6 Challenge (Cikgu Hartini)
3)Nur Qamariah - 4 Enterprise (Cikgu Azlinda)
4)Nur Aqilah Abd Rasid - 4 Gallantry (Cikgu Azlinda)
5)Junaidi - 6 Loyalty (Cikgu Wahid)

Tahniah diucapkan kepada pemenang bulan April!

Kuiz bagi bulan Mei akan dimuatnaikkan ke lelaman ini pada hari Isnin nanti, ya. Jadi bersabar dahulu!


- Cikgu Noor -

Jumaat, 4 April 2008

Kuiz Bulan April (P1 hingga P6)

Arahan: Bina 5 perkataan yang boleh dieja dari kiri ke kanan dan dari kanan ke kiri untuk membentuk perkataan yang sama.

Contoh: K A K A K

Perkataan-perkataan yang dibina mestilah mengandungi 5 huruf seperti contoh yang telah diberikan.

Hantarkan jawapan kamu ke alamat emel: JabatanBahasaMelayu@gmail.com atau kamu boleh juga menghantar jawapan kepada guru Bahasa Melayu kamu. Sertakan nama dan kelas kamu serta nama guru Bahasa Melayu kamu.

Tarikh tutup penyertaan: 30 April 2008

Kuiz ini dibuka kepada semua murid dari darjah 1 hingga darjah 6. 10 jawapan tepat yang pertama diterima akan mendapat hadiah.

Selamat mencuba!


- Cikgu Noor -

Rabu, 2 April 2008

Keputusan Peraduan Kuiz Bulan Mac

Berikut adalah nama pelajar-pelajar yang telah berjaya menjawab soalan kuiz bulan Mac dengan tepat dan yang terawal menghantarkan jawapan.

P1 - P3:
(1) Firdaus Abd. Mutalib (3 Endurance/Cikgu Marwiyah)
(2) Muhammad Firdaus Md Moner (3 Endurance/Cikgu Marwiyah)
(3) Athirah Hassan (2 Courage/Cikgu Sanisah)

P4 - P6:
(1) Nur Ramadhan (6 Integrity/Cikgu Azlinda)
(2) Adlyn Farzana (6 Challenge/Cikgu Hartini)
(3) Nur Qamariah (4 Enterprise/Cikgu Azlinda)


Kuiz untuk bulan April akan dimuatnaikkan pada hujung minggu ini.

Rabu, 5 Mac 2008

Kuiz Bulan Mac (Peringkat P4 - P6)


Kuiz bulan Mac bagi peringkat P4 - P6:

Padankan suku kata-suku kata berikut supaya menjadi 8 patah perkataan yang menerangkan tentang Keadaan Suara:

SE TANG LUS
SE RING NAK
DU NGAU RAK
GA NYA LAN
LU MER RAU
HA

Hantarkan jawapan kamu mengikut format berikut:

Nama pelajar:
Kelas:
Guru Bahasa Melayu:
Jawapan:
(1) _____________
(2) _____________
(3) _____________
(4) _____________
(5) _____________
(6) _____________
(7) _____________
(8) _____________

Emelkan jawapan pelajar ke alamat berikut: JabatanBahasaMelayu@gmail.com atau pelajar boleh menuliskan jawapan di kertas dan berikan kepada guru Bahasa Melayu pelajar. Apa lagi, jangan tunggu-tunggu, hantarkan jawapan dengan segera. 5 penyertaan pertama yang tepat akan mendapat hadiah.

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2008.

Kuiz Bulan Mac (Peringkat P1-P3)

Kuiz bulan Mac untuk peringkat P1 - P3:

Cuba isikan tempat-tempat kosong berikut dengan huruf-huruf yang sesuai supaya menjadi 5 perkataan yang berbeza berdasarkan panduan yang diberikan.

____ A P A _____

(1) Pekebun itu menebang pokok di belakang rumahnya dengan sebilah ________________.
(2) Pak Mansur menukar tiga keping ________________ dinding rumahnya kerana dimakan anai-anai.
(3) Oleh sebab tersangat ________________, dia makan dua pinggan nasi.
(4) Pengantin lelaki itu memakai baju kurung dan sepasang _______________ yang cantik.
(5) Kassim _________________ hadiah pelajar terbaik kerana dia rajin belajar.


Hantar jawapan kamu dengan memberikan jawapan bagi soalan-soalan itu sahaja seperti format berikut:

Nama pelajar:
Kelas:
Guru Bahasa Melayu:

Jawapan:
(1) _____________
(2) _____________
(3) _____________
(4) _____________
(5) _____________

Tarikh tutup penyertaan ialah 31 Mac 2008. Emelkan jawapan kamu ke alamat emel: JabatanBahasaMelayu@gmail.com

atau kamu boleh tuliskan jawapan kamu di kertas dan berikan kepada guru Bahasa Melayu kamu.

Cikgu nantikan jawapan pelajar-pelajar! Ayuh, jangan tunggu-tunggu lagi!

Selasa, 4 Mac 2008

Keputusan Kuiz Bulan Februari

Inilah jawapan-jawapan bagi soalan kuiz bulan Februari:

Untuk P1 - P3, jawapan soalan ialah: tali pinggang.

Untuk P4 - P6 pula, jawapan soalan ialah: jarum.

Tahniah kami ucapkan kepada Nuriffah Zafirah (2 Challenge) dan Muhammad Afif (5 Courage) kerana telah berjaya memberikan jawapan yang tepat.

Hadiah kamu akan diberikan kepada guru Bahasa Melayu kamu.

Kepada pelajar-pelajar yang lain, jangan putus asa. Cuba lagi dalam kuiz bulan Mac ini!

Khamis, 28 Februari 2008

Tinggal Sehari Lagi!

Murid-murid sekalian, tinggal sehari sahaja untuk kamu sertai Kuiz Bulan Februari. Bagi mereka yang belum mengirimkan jawapan, apa lagi - kirimkanlah jawapan kamu.

Berikut adalah soalan-soalan kuiz bagi murid-murid yang terlupa:

Untuk pelajar-pelajar P1 hingga P3, inilah soalan kuiz anda:

(1)jika tuan membeli tikar
tikar anyaman dari mengkuang
kalau tuan bijak pintar
ular apa membelit pinggang

Apakah jawapannya?

Untuk pelajar-pelajar P4 hingga P6, inilah soalan kuiz anda pula:

(1) budak2 bermain batu
batu dikira satu persatu
badannya lurus bermata satu
ekornya tajam apakah itu

Apakah jawapannya?


Kirimkan ke alamat: JabatanBahasaMelayu@gmail.com

Sertakan nama kamu, kelas dan juga nama guru bahasa Melayu kamu.

Jika murid-murid tidak ada emel, boleh juga tuliskan jawapan di kertas dan berikan kepada guru bahasa Melayu murid-murid.

Setakat ini cikgu hanya menerima beberapa penyertaan sahaja. Kuiz untuk bulan Mac akan bermula pada 1 Mac nanti.

Jumaat, 22 Februari 2008

Santai-Santai

Mangga ranum digigit kelawar
lalu tidak dapat dimakan Hajar
Apa ubat apa penawar
Rasa ngantuk apabila belajar?


Siapa sudi beli pantun ini? Kirimkan jawapan kamu di ruangan komen!

Rabu, 20 Februari 2008

Cetusan Ilham Luahan Rasa

Iffah Aziqah dari kelas 5 Respect telah mencipta sajak yang bertajuk "Cikgu". Sajak ini telah dideklamasikan pada tahun lepas dan telah memenangi tempat pertama. Mari kita hayatilah isi sajak ini bersama-sama.
(Terima kasih Iffah Aziqah kerana sudi menyumbangkan sajak kamu kepada blog Lensa ini. Cendera hati akan cikgu berikan kepada cikgu kamu nanti, ya!)


Kau adalah obor
yang menyirami
penghidupanku

Dengan didik asuhmu
maka aku mendapat
segala ilmu untuk
masa depanku

Tanpa didikan dan
tunjuk ajarmu
maka pincanglah aku
tak tentu arah
tiada pedoman
tiada disiplin

Seperti tin kosong
yang mudah untuk
dicampakkan dan diletakkan
di mana-mana sahaja

Kaulah pendidikku
sejak di bangku
sekolah rendah
hingga ke tingkatan atasan

Terima kasih cikgu
jasamu akan aku
kenang untuk
selama-lamanya



Para pelajar lain yang ada hasil tulisan sendiri (sajak,pantun atau karangan) yang mahu diketengahkan di dalam blog Lensa ini, harap berikan hasil tulisan pelajar kepada guru bahasa Melayu atau terus kepada Cikgu Noor. Jangalah malu atau segan. Kalau ada bakat terpendam, jangan disembunyikan! :)


- Cikgu Noor -
(mewakili guru-guru bahasa Melayu Admiralty yang lain)

Selasa, 19 Februari 2008

Santapan Minda 2

kKirimkan komen-komen kamu berserta nama dan nama guru ya. Tidak perlu takut-takut atau segan-segan untuk menyatakan nama masing-masing. Anda bebas bersuara (selagi tidak ada cerca-mencerca dan peradaban terjaga.) :)

Baiklah, topik kita minggu ini adalah berikut:

Pentingnya mengambil bahagian dalam perbincangan kelas.

Berikan pendapat pelajar sekalian mengenai topik ini.

Nota: Masih ramai yang belum menghantar jawapan bagi kuiz Februari. Diharap para pelajar dapat memeriahkan lagi blog ini dengan mengirimkan jawapan pelajar ke alamat emel : JabatanBahasaMelayu@gmail.com

Soalan kuiz ada di dalam kiriman arkib bulan Januari.


Cikgu Noor

Selasa, 12 Februari 2008

Santapan Minda 1

Salam sejahtera semua! Saya ingin mengumumkan bahawa setiap hari Selasa merupakan hari untuk ruangan Santapan Minda. Apa itu Santapan Minda? Bukan sahaja perut kita memerlukan makanan, minda kita juga memerlukan "makanan" juga! Oleh itu, ruangan ini dicetuskan untuk keperluan tersebut.

Dalam ruangan ini, Cikgu akan mengutarakan satu topik baru setiap minggu, Insya'Allah. Para pelajar dijemput memberikan komen atau pendapat kamu mengenai topik-topik tersebut. Untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan, ada cendera hati untuk pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Catatkan pendapat kamu di dalam bahagian Komen selepas kiriman Cikgu ini. Usah letakkan komen di dalam Chatbox kerana komen-komen kamu itu akan hilang nanti setelah chatbox itu penuh.

Harap sertakan sekali nama kamu, guru bahasa Melayu kamu dan juga kelas kamu. Cendera hati akan diberi melalui guru bahasa Melayu kamu. Cikgu juga berharap agar para pelajar menggunakan bahasa Melayu yang sepenuhnya semasa memberikan komen, ya. Jangan merosakkan keindahan bahasa Melayu kita dengan kekata dari bahasa Inggeris atau pun bahasa pasar. Mungkin pada permulaan amat payah untuk menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu tetapi jika kita kerap melakukannya, perkara itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal lagi seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Baiklah, topik Santapan Minda kita hari ini ialah:

"Pelajar-pelajar sekarang tidak boleh berbual dalam bahasa Melayu dengan fasih dan yakin. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?"

Berikan sebab-sebab mengapa kamu setuju atau tidak setuju dengan ayat tersebut.

Salam hormat,

Cikgu Noor

Isnin, 4 Februari 2008

Cetusan Ilham Luahan Rasa

Kepada pelajar-pelajar sekalian,

LENSA ingin menyediakan ruang bagi para pelajar mengenengahkan bakat terpendam kamu dalam penulisan. Jika pelajar boleh menulis cerpen, sajak, pantun, teka-teki dan sebagainya, hantarkan karya pelajar kepada guru Bahasa Melayu kamu atau kepada saya sendiri. Jangan lupa sertakan nama penuh, kelas dan juga tajuk karya kamu itu. Karya-karya yang terpilih akan mendapat cendera hati daripada LENSA. Usah rasa malu atau segan, ya!

Cikgu nantikan karya-karya pelajar semua!


Cikgu Noor
bagi pihak guru-guru Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Admiralty

Khamis, 31 Januari 2008

KUIZ Bulan Februari

Seperti yang telah diwarwarkan beberapa minggu yang lepas, Jabatan Bahasa Melayu Admiralty akan menganjurkan kuiz blog bulanan mulai Februari ini. Kuiz ini dibuka kepada semua pelajar dari Darjah 1 hinggalah Darjah 6. Para pelajar akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu peringkat P1 hingga P3 dan P4 hingga P6. 5 peserta pertama dari setiap kumpulan yang mengirimkan jawapan yang tepat akan dipilih sebagai pemenang. Hadiah kuiz akan disampaikan kepada pelajar melalui guru Bahasa Melayu pelajar.

Pelajar bolehlah mengirimkan jawapan ke alamat emel berikut:

JabatanBahasaMelayu@gmail.com

Subject: Kuiz Bulan Februari

Sertakan nama penuh, kelas dan guru Bahasa Melayu pelajar sekali, ya.

Baiklah, inilah soalan-soalan kuiz untuk bulan Februari.
Bulan ini tema kita ialah Pantun Teka-Teki.

Untuk pelajar-pelajar P1 hingga P3, inilah soalan kuiz anda:

(1)jika tuan membeli tikar
tikar anyaman dari mengkuang
kalau tuan bijak pintar
ular apa membelit pinggang

Apakah jawapannya?

Untuk pelajar-pelajar P4 hingga P6, inilah soalan kuiz anda pula:

(1) budak2 bermain batu
batu dikira satu persatu
badannya lurus bermata satu
ekornya tajam apakah itu

Apakah jawapannya?

Baiklah pelajar-pelajar yang disayangi. Cikgu akan nantikan kiriman emel daripada pelajar semua! Ingat ya, hanya 5 penyertaan pertama yang diterima sahaja akan mendapat hadiah! Apa lagi, jangan tunggu-tunggu lagi. Kirimkan jawapan pelajar sekarang juga!

Tarikh tutup: 29 Februari 2008

Cikgu Noor

Isnin, 14 Januari 2008

Selamat Tahun Baru!

Selamat tahun baru pelajar-pelajar dan guru-guru sekalian. Begitu cepat sekali masa berlalu. Sekarang sudah pun masuk minggu ketiga kita ke sekolah. Bagi murid-murid darjah 1, selamat melangkah ke alam persekolahan formal sementara pelajar-pelajar darjah 6 pula, selamat menempuhi tahun yang mencabar tahun ini!

Saya ingin mengumumkan di sini bahawa blog Lensa akan menganjurkan kuiz bulanan InsyaAllah bermula hujung bulan ini. Butir-butir lanjut mengenai kuiz ini akan dimuatkan di dalam blog pada minggu hadapan. Saya berharap apabila kuiz ini bermula nanti, para pelajar akan menyertainya ya. Kalau ada kuiz, tentulah ada hadiah juga! :)

Salam hormat,

Cikgu Noor