SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Isnin, 14 Januari 2008

Selamat Tahun Baru!

Selamat tahun baru pelajar-pelajar dan guru-guru sekalian. Begitu cepat sekali masa berlalu. Sekarang sudah pun masuk minggu ketiga kita ke sekolah. Bagi murid-murid darjah 1, selamat melangkah ke alam persekolahan formal sementara pelajar-pelajar darjah 6 pula, selamat menempuhi tahun yang mencabar tahun ini!

Saya ingin mengumumkan di sini bahawa blog Lensa akan menganjurkan kuiz bulanan InsyaAllah bermula hujung bulan ini. Butir-butir lanjut mengenai kuiz ini akan dimuatkan di dalam blog pada minggu hadapan. Saya berharap apabila kuiz ini bermula nanti, para pelajar akan menyertainya ya. Kalau ada kuiz, tentulah ada hadiah juga! :)

Salam hormat,

Cikgu Noor

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat tahun baru untuk semua tersayang cekgu dan kawan saya,saya berasa gembira kerand dapat jumpa semua cekgu dan kawan-kawan saya!!!!