SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Isnin, 31 Mei 2010

Cuti Sekolah

Cuti sekolah baru saja bermula. Sudahkah anda membuat perancangan untuk cuti sekolah ini? Jika belum, anda boleh membuat jadual waktu dan membahagikan masa dengan tepat dan seimbang. Jangan meluangkan masa anda untuk bermain terlalu banyak dan jangan pula meluangkan masa terlalu banyak untuk belajar. Kami tidak mahu kamu stres pula. Harap anda menikmati cuti sekolah anda dan juga tidak lupa untuk mengulangkaji pelajaran agar tidak lupa topik-topik yang telah dipelajari. Selamat bercuti!

~ Qamariah & Shukrina

Jumaat, 21 Mei 2010

Teka-teki

Selamat bertemu sekali lagi, teman-teman! Ingat tak teman-teman. Dulu, kita juga pernah memberi teka-teki bukan? Sekarang juga sama. Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan yang senang ini!

1) Dalam banyak-banyak lampu, lampu apa sentiasa terbuka 24 jam kecuali ia rosak?
2) Dalam banyak- banyak binatang,binatang apa boleh hidup di darat, air dan hidup sebagai
kertas?
3) Dalam banyak-banyak ular, ular apa pandai masak?
4) Dalam banyak-banyak burung, burung apa yangg paling tua?

Dahulu kami mendapat komen teka-teki yang kami berikan susah. Sekarang tahap kesukaran sudah kami turunkan. Hantarkan jawapan kepada saya Shukrina atau Qamariah. Hantar sebelum hari Khamis minggu depan, ya, agar dapat kita memberi hadiah secepat mungkin! Kami akan mendapatkan hadiah bagi pemenang-pemenang [3 orang pertama] dan memberinya sebelum cuti sekolah. Kepada para pemenang kuiz yang lalu, kami ucapkan tahniah dan terima kasih kerana sanggup meluangkan masa anda yang amat berharga itu untuk mencuba teka-teki yang telah disediakan. Bagi yang belum pernah cuba menjawab soalan-soalan itu, selamat mencuba untuk kali ini!

Sekian,
Shukrina & Qamariah :P

Khamis, 20 Mei 2010

Kisah Arnab & Kura-kura

Sekarang, saya akan menceritakan tentang kisah arnab dan kura-kura. Bagi murid-murid darjah 3 dan ke bawah, harap anda terhibur, ya?

Semua orang tahu bahawa arnab adalah haiwan yang bergerak dengan laju kerana ia boleh melompat cepat sekali. Bagi kura-kura pula, ia adalah haiwan yang bergerak dengan perlahan dan itu menyebabkan ia sampai ke destinasinya lambat. Dengan itu, si arnab mencabar si kura-kura satu perlawanan. Dia berkata,"Hei, kura-kura! Aku cabar kau untuk berlumba denganku. Aku pastikan kau yang kau akan kalah dan aku akan menang. Lihatlah diri kau yang bergerak dengan perlahan, pasti kalah!".

Kura-kura berasa tersinggung. Walau bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa. Dia menerima perlawanan itu. Dia tidak dapat berlatih banyak kerana dia menerima hakikat bahawa dia memang lambat bergerak. Si arnab tidak sabar hendak digelar pemenang dan disanjung ramai. Lihatlah begitu kejamnya dia! Dua hari pun berlalu. Tiba hari perlumbaan antara si arnab dan kura-kura. Pada mulanya, arnab di hadapan kura-kura dan berada sangat jauh daripada garisan permulaan. Tetapi, ramai yang menyokong si kura-kura. Oleh itu, si kura-kura bersemangat dan cuba memepercapatkan langkahnya.

Sedang si kura-kura bersusah payah bergerak, si arnab berasa letih dan fikir dia ingin rehat sebentar. Malangnya, dia tertidur. Tidak lama kemudian, si kura-kura telah melepasi si arnab yang sedang nyenyak tidur. Akhirnya, si kura-kura menjadi pemenang dan berasa bangga akan dirinya. Walau begitu sekalipun, dia tidak sombong. Malahan, dia bersalaman dengan si arnab. Mereka pun menjadi kawan baik dan sentiasa bekerjasama.

Moral cerita ini adalah kita tidak boleh sombong dan angkuh kerana kita tidak tahu yang satu hari kita akan gagal.

~Nur Qamariah 6Courage

Sang Kancil

Pada suatu hari sang harimau sangat marah.Dia marah kerana dia sering ditipu oleh sang kancil.
"Aku marah! Mana Sang Kancil? Aku ingin memakannya!" kata sang harimau.

Kancil ternampak harimau. Dia tahu harimau mahu memakannya.Dengan cepat dia memikirkan helah.

"Kancil aku ingin memakanmu!"kata harimau

Kancil memberitahu bahawa dia harus menjaga gong raja. Sebenarnya ia sarang lebah. Harimau ingin mencuba memukulnya. Kancil memberikan kebenaran tetapi dia berkata dia ingin pergi jauh dahulu kerana takut raja marah. Harimau setuju. Kancil juga berkata bahawa harimau tidak boleh memukul gong sehingga kancil memekik. Harimau setuju. Kancil pun lari jauh lalu memekik. Harimau memukul sarang lebah itu dan ratusan lebah menyengatnya. Sekali lagi dia ditipu sang kancil yang bijak

Terima Kasih! Harap anda terhibur.

Shukrina 6Endurance

Aktivit-aktiviti menarik yang anda boleh lakukan sewaktu cuti sekolah ini!


Kawan-kawan tidak tahu apa hendak lakukan pada cuti sekolah bulan Jun?
Saya telah mencari satu perkara yang boleh dilakukan pada bulan Jun.

Teater




ACE! Festival 2010 - JOURNEYSA Festival of Arts & Creativity for Everyone:The Gruffalo
Ikuti Mouse dalam satu perjalanan petualangan melalui hutan, dalam gelap di adaptasi, muzik ajaib dari buku bergambar Peter Blue, pemenang penghargaan oleh Julia Donaldson dan Axel Scheffler. Mouse boleh menakut-nakutkan haiwan dengan cerita tinggi dari Gruffalo mengerikan, tapi apa yang terjadi ketika dia datang berhadapan dengan makhluk yang sangat dia membayangkan?
Tarikh-tarikh The Gruffalo akan ditayangkan:
21 Mei hingga 9 Jun 2010
Selasa, Khamis dan Jumaat, 09:30 pagi, 11:30 pagi & 02:30 petang
Rabu, 11:30 pagi & 02:30 petang
Sabtu, 10:30 pagi, 02:30 petang & 05:00 petang
Ahad, 10:30 pagi & 02:30 petang

Jangka masa:
55 minit

Tempat:
Alliance Francaise Theatre
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:
Ini adalah salah satu acara yang kawan-kawan boleh tonton (:
Oleh: Ain Nadirah 6ED

Aktiviti yang boleh dilakukan pada masa lapang

Kawan kawan sekalian pasti gembira kerana cuti sekolah sudah hampir tiba. Kru BML ingin menasihatkan kamu semua tentang menggunakan masa dengan bijak. Jika bijak,pasti kamu semua boleh berseronok dan mengulangkaji pada masa yang sama.

Pada hari Isnin hingga jumaat luangkan sedikit masa untuk belajar dan ulang kaji. Mungkin pada siang hari anda boleh mengulang kaji dan pada waktu malam anda boleh bermain komputer atau meluangkan masa bersama keluarga dengan pergi bersiar-siar atau menjamu selera di restoran atau sebagainya.

Pada hujung minggu, anda boleh pergi ke taman riadah atau pergi mengunjungi tempat-tempat menarik seperti Marina Bay, Fort Caning, Bukit Chandu dan lain-lain. Ada juga rakan-rakan yang harus menyertai kem mendaki. Saya harap anda akan menambah ilmu dan dapat melakukan yang lebih baik dalam peperiksaan akan datang.Denagn itu saya ingin menghundurkan diri. Jangan risau pada cuti sekolah kru BML tetap akan mengemaskini blog dan memasukkan lagu dan informasi.

Kata-Kata Pujangga

Khabar kawan-kawan, saya percaya kamu semua ada "motto" dan ikut kata-kata pujangga(quotes).Saya telah menyediakan beberapa kata-kata pujangga untuk kamu semua.

Tentang Masa:"Saya percaya;esok sudah tidak boleh mengubah apa yang akan terjadi hari ini,tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."
"Yang telah berlaku biarkan ia berlalu,yang mendatang hadapi dengan cemerlang."

Tentang Rancangan kita:"Tiada manusia yang hidup untuk gagal,tetapi tidak merancang adalah merancang untuk gagal."
"Hidup ini adalh keputusan diri sendiri."

Untuk & Tentang Kawan:"Kita bermula sebagai kawan yang baru."
"Kawan ketawa mudah cari,kawan menangis keseorangan diri."

Tentang Realiti:"Manusia gagal bukan kerana kebodohan,tetapi mereka gagal kerana melakukan pekara yang bodoh."
"Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga mustahil pun bisa terjadi."
"Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat."

Kata Pujangga Saya:"Hidup tanpa cita-cita,sia-sia.Hidup tanpa usaha,tak ke mana-mana."

Terima Kasih, Idris.

Periksaan

Selamat bertemu semua!

Seperti yang anda tahu, peperiksaan SA1 telah berakhir. Mungkin ada di antara anda yang sedang sedih dand menangis di atas katil dan ada pula yang sedang gembira dan melompat-lompat kegirangan. Itu semua tergantung kepada keputusan individu tersendiri. Perasaan-perasaan itu semua ada dalam diri saya. Saya bangga dan gembira kerana setelah kerja keras saya, akhirnya berbuah juga hasilnya. Saya pun kecewa dengan keputusan Matematik saya.

Tetapi, tidak mengapa kerana saya tidak mudah putus asa. Malah, saya akan tetap berusaha dan berikhtiar untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat mencapai keputusan yang saya inginkan. Setelah selesai ujian, biarkan diri anda masa untuk berehat dan jangan menyesal dan memikirkan bahawa anda boleh menjawab soalan itu dengan lebih baik. Akhirnya, anda boleh menggunakan ujian untuk meninjau dan meningkatkan prestasi dan pengertian anda. Jika anda mempunyai ujian lain yang akan datang, cuba mempersiapkan diri untuk itu tetapi membiarkan diri anda masa untuk berehat terlebih dahulu sebelum itu.

Pantun Nasihat Belajar:

Pak Salleh memasang bubu,
Ketika petang cuaca redup,
Kalau tuan ingin tahu,
Ilmu itu penyuluh hidup.

Makan sireh duduk bersila,
Sambil duduk bergurau senda,
Sekiranya ilmu penuh didada,
Hidup tidak gelap gelita.

Mak Munah pergi ke perigi,
Pergi bersama anaknya Siti,
Tuntutlah ilmu setiap hari,
Untuk kesenangan diri sendiri.

Pak Abu menebar jala,
Jala ditebar di sungai Linggi,
Walau ilmu penuh didada,
Jangan suka menyombong diri.

Itulah pantu-pantun yang saya dapat cari dari lelaman. Harap anda lakukan yang terbaik bagi peperiksaan yang akan datang. Saya harap anda tidak akan berhenti belajar hanya kerana patah hati desebabkan tiodak lulus bagi peperiksaan SA1, ya?

Kredit: http://cindai98.tripod.com/pantun.htm

Terima kasih & jangan lupa tinggalkan komen anda!

~ Nur Qamariah 6Courage