SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Isnin, 25 Januari 2010

Beri Saranan Kamu!

Hai para pelajar sekalian,

Pejam celik pejam celik, sudah pun masuk minggu ke 4 kita bersekolah pada tahun 2010 ini. Di atas permintaan beberapa orang pelajar, cikgu telah memasukkan semula chat box kita. Namun, cikgu minta kerjasama pelajar sekalian - chat box itu hanyalah sebagai wadah berinteraksi dalam bahasa Melayu sahaja. Pelajar tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, bahasa pasar atau kata-kata kesat. Jika ada pelajar yang melanggar peraturan ini, cikgu terpaksa menutup chat box itu.

Bagi pihak Jabatan Bahasa Melayu ADMPS, cikgu ingin meminta saranan pelajar mengenai blog kita ini.

Apakah ruangan yang para pelajar ingin lihat, baca dan ambil bahagian?

Harap dapat catatkan saranan pelajar di dalam ruang komen. Kalau saranan pelajar bernas dan dapat dijalankan, pelajar akan mendapat cenderamata! Pastikan saranan pelajar itu logik dan boleh dijalankan, ya...

Cikgu nantikan saranan pelajar semua!

Salam sayang,
Cikgu Noor

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu, letak lagu pula. Lagi bagus, kami boleh menyanyi-nyanyi sambil membaca blog ini.



fazrinah :)