SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Rabu, 20 Januari 2010

Berita Admiralty

Berita Admiralty

• Persiapan SYF 2010
• Prefects Investiture
• Buku Tahunan

Persiapan SYF 2010
Malay Dance: Para Penari Tarian Melayu sedang menjalankan latihan intensif untuk mempersiapkan diri untuk SYF 2010. Kami berlatih setiap hari Jumaat dan Sabtu. Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pingat emas bagi tahun ini.

Prefects Investiture
Jikalau kawan-kawan pengawas sekolah, kawan-kawan pasti tahu tentang topik ini. Kami diberi pengiktirafan olah sekolah pada 14 Januari 2010. Kami harus mengangkat tangan kanan kami dan membaca ikrar di hadapan kawan –kawan kami semua di dewan. Sebagai pengawas, kami harus menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Pengawas juga perlu memastikan yang peraturan sekolah dipatuhi.

Buku Tahunan
Kawan-kawan sudah mendapat Buku Tahunan (Year Book) sendiri? Kawan-kawan gembira tak melihat wajah-wajah sendiri di dalam buku tersebut? Ada yang gembira dan ada yang tidak. Apa kata, kawan-kawan memberikan pendapat tentang Buku Tahunan ini?

Kelas Tambahan BM
Kelas Tambahan sudah bermula. Kawan-kawan sudah bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh? Jangan lupa untuk hadiri kelas tambahan, ya? Kita perlu berusaha untuk mencapai seberapa banyak bintang yang boleh!

Ditulis oleh Ain
Diedit oleh Shukrina & Qamariah
Pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Cikgu berharap dan yakin yang para penari kita akan dapat membuat persembahan yang cemerlang. Semoga mereka pulang dengan pingat emas! :)

- Cikgu Noor -

Tanpa Nama berkata...

Ya,saya akan pulang dengan pingat emas!!!!







-Syahmi-

Tanpa Nama berkata...

Go malay dance! Woohoo!





fazrinah :)