SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Isnin, 15 Mac 2010

Pantun teka - teki

Pantun teka - teki ini kami sediakan untuk kawan - kawan mencuba menjawabnya. Anda bukan sahaja boleh merehatkan minda selama cuti sekolah ini, malahan anda juga membolehkan minda anda bekerja. 5 orang pertama yang pertama yang mejawab kesemua pantun teka - teki ini dengan betul anda akan memperolehi hadiah daripada kami. Tarikh tutup kuiz ini adalah 31 Mac 2010 bulan ini. Anda boleh hantarkan jawapan anda kepada kami


Soalan 1:

Ada satu isteri yang baik,
Ia berjalan adik-beradik,
Sebab budi bahasa baik,
Enam puluh anak di didik.

Soalan 2:
Bunyi bising sepeti syaitan,
Terhinggut-hinggut jalan perlahan,
Badannya panjang seperti lipan,
Sanggup memikul seberat-berat muatan.

Soalan 3:
Bulat dia macam telinga,
Tumbuhnya dia merata-rata,
Bila hujan, banyaklah dia,
Boleh disayur berbagai cara.

Soalan 4:
Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Jika tuan orang yang pintar,
Ular apakah yang membelit pinggang.

Ingat ya kawan - kawan semua. Jangan tak sertai kuiz ini! Siapa yang malu, dia yang rugi!:P Kami akan memberikan hadiah selewat - lewatnya pada awal bulan April. Jangan lupa sertakan nama, kelas melayu dan tarikh anda hantar. Anda tidak perlu mencetak jawapan. Tulis sahaja di kertas kosong. Anda digalakkan menyertai kuiz ini! Sekian terima kasih. Selamat mencuba!

~ Qamariah & Shukrina*

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pantun ni senang tapi ada satu teka teki yang saya tidak pasti adaksh soalan satu (jam ataupun udang)hehe.Kerja bagus shukrina dan Qamariah..

Tanpa Nama berkata...

Teka-teki ini sungguh menarik tetapi saya berjaya menjawab soalan-soalannya.Saya tidak tahu jika jawapan saya betul untuk soalan kedua.Kamu berdua telah mengusahakan kerja yang baik.

-Idris
6 Challenge

Illy Izzati berkata...

Susah betul teka-teki ini
Hais..
Tetapi tidak mengapa
Harus mencuba lagi.