SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Sabtu, 18 April 2009

Kayanya Bahasaku...

Pernahkah murid-murid terfikir betapa kayanya bahasa kita? Ramai di antara murid-murid yang lebih senang bertutur dan berfikir dalam bahasa Inggeris sebelum menterjemahkannya ke bahasa Melayu. Mengapa begitu, ya?

Hari ini mari kita fikirkan bersama sambil kita luaskan kosa kata kita.

jerang, rebus, goreng, bakar, sangai, kukus, tanak merupakan beberapa perkataan yang menunjukkan cara-cara memasak.

Cikgu hendak murid-murid cuba fikirkan perkataan-perkataan yang boleh kita gunakan untuk menerangkan cara bercakap. Murid-murid selalunya menggunakan perkataan "bercakap" dalam karangan terutama selepas selesai sahaja sesuatu dialog padahal banyak lagi kekata yang boleh digunakan untuk menggantikan perkataan tersebut.

Sila tinggalkan jawapan murid di ruangan komen. Jangan lupa sertakan sekali nama murid dan kelas sekali, ya. Lebih elok jika kita mencatatkan nama kita daripada berselindung di sebalik kekata "Anonymous" atau "Yang Tiada Bernama".

2 ulasan:

Syasya ( Bahsa ML: 5 Courage) berkata...

Kita boleh menggunakan perkattan lain seperti : Berkata , Berbual , Berbicara , Bertemu Duga dan banyak lagi .

Saya tahu tentang murid-murid sekarang yang skua menggunakan bahasa Inggeris . Saya harus mempertingkatkan lagi bahasa Melayu saya .

-Syasya(5 ENTERPRISE)
Bahasa ML : 5 Courage .

Fatin/5resilience-5gallantry berkata...

Kita boleh menggunakan bercakap sebagai:
1)Berhubung
2)Berbicara
3)Bercakap

Dan selanjutnya.
Saya setuju dengan cikgu.
Banyak murid2 suka berbicara dalam Bahasa Inggeris.
Tapi,Saya bangga dengan Bahasa Melayu.