SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Sabtu, 18 April 2009

Kayanya Bahasaku Bahagian 2

Murid-murid, cikgu telah meletakkan pautan ke klip video lagu 'Selamat Ulang Tahun Sayang' nyanyian Imran Ajmain. Lirik lagu ini telah diletakkan di bahagian kanan blog ini. Tujuan klip video dan lirik lagu dimuatkan dalam blog ini bukanlah hanya untuk berhibur sahaja. Kita juga boleh belajar daripada ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam sesesuatu lagu.

Untuk bulan ini, cikgu mahu murid-murid:

(1) Tonton klip video.
(2) Hayati lirik lagu yang disertakan.
(3) Cuba kenalpasti perkataan berimbuhan yang digunakan.
(4) Kemudian bina ayat-ayat murid sendiri dengan perkataan-perkataan tersebut.
(5) Akhir sekali, catatkan ayat-ayat murid di ruangan komen!

Kita berhibur sambil belajar, ya!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1)Ketika ibu sedang mengemas rumah, dia terlihat serpihan kaca di bawah katil.
2)Ali tidak pernah merasakan kasih sayang seorang ibu semenjak dia dilahirkan.

Nabilah (Cikgu Azlinda)
Kelas bahasa melayu:6 co

Tanpa Nama berkata...

1) dakapan
Setelah merantau jauh untuk beberapa tahun, Hadi telah kembali ke dakapan keluarganya.

Firdaus Abdul Mutalib B A (Cikgu Fahizah)
Kelas Bahasa Melayu : 4 ED

PENDUKUNG ARIF BUDIMAN berkata...

Terima kasih Nabilah dan Firdaus kerana mengambil bahagian! Nantikan cenderahati tanda terima kasih daripada cikgu nanti, ya!