Salam sejahtera para pelajar sekalian,
Di sini dengan sukacitanya cikgu ingin mengumumkan bahawa "suis" lelaman kita ini telah dihidupkan semula! Cikgu berharap para pelajar rajin-rajinlah menjenguk ke lelaman ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali, ya! Insyaallah, ada beberapa segmen baru yang akan dimulakan di sini. Segmen-segmen ini hanya akan berjaya jika mendapat sokongan dan penglibatan para pelajar.
Cikgu akhiri komen ini dengan serangkap pantun.
Silau cahaya si matahari
Tanda hari sudahlah pagi
Bermula LENSA sekali lagi
Untuk pelajar yang disayangi
Sabtu, 11 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
5 ulasan:
saya rasa cikgu harus membuat beberapa segmen yang baru.
buang yang keruh,
ambil yang jernih.
sekian, Aqilah(5 Gr)
-2009
Saya memang dah suka pun jenguk-jenguk di lelaman ini . Kuiz bulanan HARUS dikembelikan ke lelaman ini kerana ..
1)Ia akan membuat pelajar-pelajar lebih tertarik untuk ke lelaman ini.
2)Ia juga akan meningkatkan lagi bahasa ibunda kita.
3)Ia menyeronokkan!!
Jadi, saya harap kuiz bulanan akan dikembalikan ke lelaman ini ya.. Terima kasih !
-Syasya
Cikgu Sanisah (Bahasa Melayu)
Wah!!!Makin cantik blog ini ya.Saya juga hendak ada kuiz bulanan di blog ini. Syahmi(5JU) Cikgu Sanisah
Saya rasa , Blog Ini Harus adakan kuiz bulanan jadi muridmurid boleh mencuba dan mempelajari kuiz-kuiz tersebut.
Fatin (5Resilience)
Kelas Bahasa Melayu : (6Gallantry)
bolehkah cikgu-cikgu membuat lebih pantun di blog ini??? Saya suka pantun!
Catat Ulasan