SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Selasa, 12 Februari 2008

Santapan Minda 1

Salam sejahtera semua! Saya ingin mengumumkan bahawa setiap hari Selasa merupakan hari untuk ruangan Santapan Minda. Apa itu Santapan Minda? Bukan sahaja perut kita memerlukan makanan, minda kita juga memerlukan "makanan" juga! Oleh itu, ruangan ini dicetuskan untuk keperluan tersebut.

Dalam ruangan ini, Cikgu akan mengutarakan satu topik baru setiap minggu, Insya'Allah. Para pelajar dijemput memberikan komen atau pendapat kamu mengenai topik-topik tersebut. Untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan, ada cendera hati untuk pelajar-pelajar yang mengambil bahagian. Catatkan pendapat kamu di dalam bahagian Komen selepas kiriman Cikgu ini. Usah letakkan komen di dalam Chatbox kerana komen-komen kamu itu akan hilang nanti setelah chatbox itu penuh.

Harap sertakan sekali nama kamu, guru bahasa Melayu kamu dan juga kelas kamu. Cendera hati akan diberi melalui guru bahasa Melayu kamu. Cikgu juga berharap agar para pelajar menggunakan bahasa Melayu yang sepenuhnya semasa memberikan komen, ya. Jangan merosakkan keindahan bahasa Melayu kita dengan kekata dari bahasa Inggeris atau pun bahasa pasar. Mungkin pada permulaan amat payah untuk menulis atau bertutur dalam bahasa Melayu tetapi jika kita kerap melakukannya, perkara itu tidak akan menjadi sesuatu yang janggal lagi seperti kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Baiklah, topik Santapan Minda kita hari ini ialah:

"Pelajar-pelajar sekarang tidak boleh berbual dalam bahasa Melayu dengan fasih dan yakin. Setujukah kamu dengan pernyataan ini?"

Berikan sebab-sebab mengapa kamu setuju atau tidak setuju dengan ayat tersebut.

Salam hormat,

Cikgu Noor

7 ulasan:

Aqilah. berkata...

Saya kurang setuju kerana saya yakin yang masih ada pelajar-pelajar melayu sekarang boleh berbual dalam bahasa melayu dengan fasih dan yakin.

PENDUKUNG ARIF BUDIMAN berkata...

Aqilah358, harap emel cikgu nama penuh dan nama guru bahasa Melayu kamu ya untuk memudahkan pemberian cendera hati. Kepada pelajar lain, tidak perlu bimbang untuk memberikan nama penuh kamu. :)

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak setuju kerana saya percaya bahawa banyak murid-murid yang bagus dalam bahasa melayu.

Tanpa Nama berkata...

helo.
saya tidak setuju kerana saya tahu murid-murid zaman sekarang bijak belaka.

Unknown berkata...

Saya tidak pasti apa jawapan saya kerana bukan semua yang yakin dan ada yang tidak.. kalau dari pandangan saya, budak zaman ini sudah hancur kerana kencapuran kawan..


-Syasya
-Cikgu Azlinda

Tanpa Nama berkata...

Saya tidak pasti dengan jawapan saya pun.Semakin sedikit tidak boleh cakap melayu dengan fasih dan yakin tetapi masih ada yang boleh.

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju dan tidak setuju.Saya setuju kerana ada murid-murid yang tidak begitu fasih dan yakin apabila bercakap dalam bahasa melayu.Tetapi, saya tidak setuju kerana ramai juga murid-murid yang fasih dan yakin.

-Nur Qamariah
-Cikgu Azlinda