SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Isnin, 4 Februari 2008

Cetusan Ilham Luahan Rasa

Kepada pelajar-pelajar sekalian,

LENSA ingin menyediakan ruang bagi para pelajar mengenengahkan bakat terpendam kamu dalam penulisan. Jika pelajar boleh menulis cerpen, sajak, pantun, teka-teki dan sebagainya, hantarkan karya pelajar kepada guru Bahasa Melayu kamu atau kepada saya sendiri. Jangan lupa sertakan nama penuh, kelas dan juga tajuk karya kamu itu. Karya-karya yang terpilih akan mendapat cendera hati daripada LENSA. Usah rasa malu atau segan, ya!

Cikgu nantikan karya-karya pelajar semua!


Cikgu Noor
bagi pihak guru-guru Bahasa Melayu
Sekolah Rendah Admiralty

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat sejahtera cikgu semua.Saya akan kasih cikgu pantun teka-teki dan ia macam begini. Dua puluh enam berkawan setia,kecil ada besar pun ada,tidak pandai berkata-kata,kalau disusun mempunyai makna.Jawapan:Huruf -Syahmi kelas:4Graciousness -Cikgu Azlinda