SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Khamis, 20 Mei 2010

Kisah Arnab & Kura-kura

Sekarang, saya akan menceritakan tentang kisah arnab dan kura-kura. Bagi murid-murid darjah 3 dan ke bawah, harap anda terhibur, ya?

Semua orang tahu bahawa arnab adalah haiwan yang bergerak dengan laju kerana ia boleh melompat cepat sekali. Bagi kura-kura pula, ia adalah haiwan yang bergerak dengan perlahan dan itu menyebabkan ia sampai ke destinasinya lambat. Dengan itu, si arnab mencabar si kura-kura satu perlawanan. Dia berkata,"Hei, kura-kura! Aku cabar kau untuk berlumba denganku. Aku pastikan kau yang kau akan kalah dan aku akan menang. Lihatlah diri kau yang bergerak dengan perlahan, pasti kalah!".

Kura-kura berasa tersinggung. Walau bagaimanapun, dia tetap tidak berputus asa. Dia menerima perlawanan itu. Dia tidak dapat berlatih banyak kerana dia menerima hakikat bahawa dia memang lambat bergerak. Si arnab tidak sabar hendak digelar pemenang dan disanjung ramai. Lihatlah begitu kejamnya dia! Dua hari pun berlalu. Tiba hari perlumbaan antara si arnab dan kura-kura. Pada mulanya, arnab di hadapan kura-kura dan berada sangat jauh daripada garisan permulaan. Tetapi, ramai yang menyokong si kura-kura. Oleh itu, si kura-kura bersemangat dan cuba memepercapatkan langkahnya.

Sedang si kura-kura bersusah payah bergerak, si arnab berasa letih dan fikir dia ingin rehat sebentar. Malangnya, dia tertidur. Tidak lama kemudian, si kura-kura telah melepasi si arnab yang sedang nyenyak tidur. Akhirnya, si kura-kura menjadi pemenang dan berasa bangga akan dirinya. Walau begitu sekalipun, dia tidak sombong. Malahan, dia bersalaman dengan si arnab. Mereka pun menjadi kawan baik dan sentiasa bekerjasama.

Moral cerita ini adalah kita tidak boleh sombong dan angkuh kerana kita tidak tahu yang satu hari kita akan gagal.

~Nur Qamariah 6Courage

Tiada ulasan: