SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Selasa, 2 Februari 2010

Klip Video Bulan Ini - Refleksi Anda

Cikgu telah meletakkan klip video nyanyian Taufik Batisah dan Hady Mirza yang bertajuk 'KepadaNya'.

Cikgu berharap selepas pelajar menonton klip video ini, catatkan refleksi pelajar di bahagian komen. Pelajar boleh membuat refleksi tentang lirik lagu ini - contohnya: Apakah perkara yang ingin disampaikan penulis lagu ini? Apakah kesan lagu ini kepada pelajar dan sebagainya...

Ambillah bahagian ya - sertakan nama penuh pelajar berserta nama guru Bahasa Melayu kerana setiap refleksi akan diberikan cenderahati.

(Jangan komen tentang suara penyanyi ya...refleksi tentang isi lagu ini.)

5 ulasan:

Nur Syasya :) berkata...

Lirik lagu ini berkesan kepada semua kerana penulis mahu menyampaikan bahawan Dia ada & hidup kita di dunia hanya sementara jadi, marilah kita menghargai hidup ini.

Lagu ini juga menceritakan tentang kita, manusia, walau tersiksa, hapuskanlah sangsi yang ada pada kita kepadaNya. Yang bermaksud bahawa, kita harus memusnahkanlah kecuriagaan kita kepadaNya.

Penulis itu mahu kita lebih dekat denganNya kerana hidup kita, yang seperti saya sebut tadi, hanya SEMENTARA :)

Daripada,
Nur Syasya,
Kelas 6Courage/Cikgu Noor

PENDUKUNG ARIF BUDIMAN berkata...

Terima kasih kerana sudi memberikan refleksi kamu, Syasya! Apa hal dengan yang lain? Taipkan refleksi kamu di sini, ya! Cikgu tidak sabar membaca refleksi kamu semua! :)

Tanpa Nama berkata...

Lagunya sayup-sayup.Lagu ini dihasilkan untuk kita ikut jalan yang benar iaitu mengikut ajaran yang baik yang telah kami belajar di kelas agama atau sebagainya dan megikut segala ajaran Allah kerana kita tidak hidup di dunia ini selama-lamanya. Suatu hari nanti pasti kita kan mati. Sebab itulah kita harus mengumpul sebanyak- banyak pahala untuk selamat mati dan masuk ke syurga. Jadi, kita harus banyak beribadah dan bertaubat. Lagu ini sangat bermakna bagi saya.

Nur Qamariah 6Courage/Cikgu Noor

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Tanpa Nama berkata...

Saya rasa lagu ini membuatkan kita mengingatkan Nya.Dia telah mencipta kita semua dan kita harus bersyukur.Kita akan mati.Sebelum kita mati,kita wajib mendekatkan diri kita kepadaNya seperti frasa itu,'Kita harus berusaha seakan-akan kita hidup lagi seribu tahun,dan kita ingat mati seakan-akan esok kita akan mati'

~~Idris,6Challenge.