SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Rabu, 26 September 2007

Selamat Datang Ke Lensa...

Cikgu ingin ucapkan selamat datang ke Lensa. Lensa ini merupakan blog Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Rendah Admiralty. Blog ini merupakan wadah bagi guru-guru dan murid-murid berinteraksi dan meluaskan pengetahuan terutama sekali dalam Bahasa Melayu. Lensa juga merupakan catatan guru-guru mengenai aktiviti-aktiviti yang telah mereka jalankan di kelas dan di sekolah dan berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka kepada para pembaca. Murid-murid juga boleh memberikan komen-komen tentang catatan guru-guru. Namun begitu, perlu cikgu ingatkan bahawa murid-murid perlulah berbahasa dengan sopan dan menggunakan Bahasa Melayu yang betul. Dengan itu, Majulah Bahasa, Majulah Bangsa dan sama-samalah kita dapat melestarikan Bahasa Melayu serta memenuhi visi Arif Budiman. Sekian. :)Cikgu Hartini

2 ulasan:

PENDUKUNG ARIF BUDIMAN berkata...

Memang benar kata Cikgu Hartini. Siapa lagi yang akan memajukan bahasa Melayu kalau bukan kita yang berbangsa Melayu. Kita sepatutnya berbangga. Mengapa? Lagu kebangsaan Singapura dinyanyikan dalam bahasa Melayu oleh rakyat Singapura tidak kira bangsa! Tidakkah ini menunjukkan bahawa bahasa Melayu kita bernilai dan dihargai! Kita sepatutnya menjadi penutur yang mahir. Maksud saya, kita patut boleh menggunakan laras bahasa yang sesuai berdasarkan situasi. Jika kita berbual dengan ahli keluarga, tentunya kita tidak menggunakan bahasa yang formal. Jika kita bertutur di dalam kelas pula, tentunya kita dikehendaki menggunakan sebutan baku.

Akhir kata, hidup Melayu!

:P Cikgu Sanisah

Tanpa Nama berkata...

Syabas saya ucapkan kepada Cikgu Hartini dan Pendukung Arif Budiman yang lain! Ini merupakan satu titik permulaan, wadah bagi kalian melestarikan Bahasa Melayu di sekolah.Teruskan usaha murni kalian!

PS: Cikgu Hartini, kalau ada masalah teknikal jangan segan-segan menghubungi saya ;)