SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Jumaat, 26 Jun 2009

Sudahkah kamu...

Sudahkah kamu
(1) menyelesaikan semua tugasan yang diberikan oleh guru?
(2) menyiapkan semua buku dan alat tulis yang perlu dibawa?
(3) mencuci sepatu sekolah?
(4) menggosok pakaian seragam sekolah?
(5) mengemas meja, katil dan bilik tidur?
(6) menolong ibu di rumah?
(7) membaca buku cerita?
(8) mencuci tangan selepas ke tandas?
(9) menjaga kebersihan diri?
(10) berjumpa doktor jika sakit?

Sila sambungkan lagi catatan di atas ini. Tuliskan di ruangan komen.


Cikgu Noor :)

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

[1]Tanya kawan kalau ade perkejaan yang lain.
[2]Sudahkah kamu bersedia pergi se kolah?
[3]Sudahkah kamu mengasihkan surat-surat yang sepatutnya dubacai oleh ibu atau ayah,
[4]Sudahkah kamu menyiapkan beg sekolah untuk bukak sekolah nanti?
[5]Sudahkah kamu bermakan supaya buka sekolah nanti, kamu tidak sakit perut.
[6]Sudahkah kamu mengosok gigi/
[7]Sudahkah kamu menyiapkan getah atau gel untuk mengikat atau membetulkan rambut?
[8]Sudahkah kamu menyiapkan projektor untuk dilihat oleh cikgu sebagai projek?
[9]Akan kamu sedia pergi ke sekolah?
[10]Sudahkah kamu menyalam ibu-bapa bila kamu keluar?

Fikir masak-masak ya!

aqilah 5 graciousness 2009 berkata...

cikgu , saya mahu komen sedikit ... kenapa tk post lagi?
saya juga mahu mengambil quiz2 itu...

=)
AQILAH
5 GRACIOUSNESS 2009

Tanpa Nama berkata...

Esyah , 5 Gallantry

Cikgu, apa pula membuat kerja sekolah?