SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Sabtu, 7 Ogos 2010

Karangan saya :D

Inilah karya saya :

Aku sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen. Tiba-tiba, aku terdengar suara meminta tolong. Aku meninjau ke luar tingkap. Aku terlihat sekumpulan lelaki mendekati seorang wanita. Adakah mereka akan menutup mulutnya dan membawa wanita itu ke tempat yang sunyi, seperti yang dilakukan di dalam televisyen? Hatiku berdebar-debar. Walaupun aku lelaki, aku seorang pengecut.

Suara wanita itu semakin kuat. Aku tidak ada pilihan lain. Aku bergegas ke bawah dan mengintip mereka. Hanya aku seorangkah yang terdengar wanita itu menjerit, meminta tolong? Ah, jiran tidak guna! Seorang lelaki bertatu dari leher ke kaki mendekati wanita itu dan ketawan dengan kuat. Aku mula berasa kurang selesa.

Nasib baik wanita itu ternampak aku tercegat di situ. Aku mula menggerak-gerakkan tanganku membuat aksi-aksi seperti memekik dan berlari. Wanita itu memahamiku.

"Chiobu! Chiobu!" aku memekik sepuas hati lalu berlari ke belakang satu tembok.

Aku dapat lihat kumpulan itu menoleh ke belakang dan melupakan tentang gadis itu. Apa lagi, gadis itu larilah!

Kami berdua berlari dengan pantas agar kumpulan itu tidak dapat mengejar kami. Sebaik sahaja kami berdua di tempat yang jauh dari merka, kami berhenti. Gadis itu mengucapkan terima kasih lalu meminta alamat rumahku. Aku tidak dibenarkan memberitahu sesiapa alamatku. Oleh kerana terlalu tertarik dengan kejelitaannya, aku memberikannya alamat dan nombor telefon bimbitku.

Sebelum kami berpisah, dia berkata bahawa namanya Nadrah. Nadrah... alangkah sedap nama itu! Aku pulang ke rumah dengan senyuman yang lebar. Aku berasa, aku sudah jumpa Cintaku...

Pada keesokan harinya, Nadrah mengajakku keluar makan tengah hari. Sepatutunya, lelaki mengajak perempuan keluar, bukan sebaliknya! Aku memakai baju yang cantik dan ke restoran Sakura.

Sudah tentu aku dilamun cinta! Nadrah begitu jelita! Selepas hari itu, kami keluar bersama-sama lagi. Namun, satu hari, aku terdengar suara Nadrah meminta tolong lagi. Aku bergegas ke bawah dan mendapati kumpulan lelaki yang sama mendekati Nadrah lagi. Tiba-tiba, lelaki bertatu yang sama memegang tangan Nadrah. Aku menjadi marah!

Aku mendekati Nadrah dan berdiri di sebelahnya. Aku berkata bahawa aku teman lelakinya. Lelaki itu marah kepadaku. Akhirnya, polis menyerang mereka sekumpulan. Mereka tidak tahu bahawa aku telah menelefon polis.

Kumpulan itu telah dimasukkan ke dalam penjara kerana sudah cukup umur. Mereka bersalah kerana cuba merusuh Nadrah dan terlibat dalam kes 'Tailong'.

Nadrah memberitahuku bahawa dia dalam perjalanan ke rumahku untuk memberiku sebuah hadiah. Hadiah kerana telah menemaninya dan menjadi teman lelakinya selama tiga bulan.

Perkara itu semua berlaku sepuluh tahun lalu. Kini, aku dan Nadrah sudah lama berumahtangga dan mendapat dua cahayamata yang comel. Hanya kerana aku terdengar suara Nadrah, aku menemui jodohku. Aku amat, amat gembira!

Itulah karangan saya :D Saya harap anda semua seronok membaca cerita saya. Jangan lupa untuk komen!
Ain Nadirah, 6Endurance.