SELAMAT DATANG...

Bunyi gendang bertalu-talu
Gendang dipukul anak Mak Cumi
Janganlah segan, janganlah malu
Singgahlah masuk ke halaman kami


Rabu, 27 Januari 2010

Berita Admiralty

Apa khabar kawan-kawan semua?
Kami amat gembira setelah beberapa kawan-kawan telah pun memberikan komen.
Sekarang, kami sudah mempunyai cbox supaya kawan-kawan lebih mudah untuk komen tentang blog Lensa Admiralty ini (:

• Permulaan bahan bacaan ERP
• Bengkel Penulisan Kreatif (P6)
• Pembukaan Sudut Sains


Permulaan bahan bacaan ERP

Setiap hari Rabu, sebelum kami menyanyikan lagu ‘Majulah Singapura’ dan membaca ikrar Singapura , kami akan diberikan kertas yang berwarna kuning. Karangan, artikel, ulasan buku dan sebagainya disiapkan oleh guru-guru di Jabatan Bahasa Melayu khas untuk kami. Selalunya ada aktiviti untuk dilakukan yang berkaitan dengan cerita/artikel tadi. Kawan-kawan sudah melengkapkannya?

Bengkel Penulisan Kreatif (P6)
Pelajar-pelajar Melayu Darjah 6 sudah pun menjalani Bengkel ini. Kawan-kawan ingat? Sekarang kami di sesi kedua. Banyak perkara yang kami belajar, ya? Kami belajar lebih lanjut tentang karangan.

Pembukaan Sudut Sains
Sudut Sains sudah dibuka dan kawan-kawan boleh mengunjungi sudut ini semasa waktu rehat tersendiri. Mereka memberikan peluang kepada kawan-kawan untuk membuat sesuatu berkaitan dengan sains, seperti membina robot tersendiri!

Jika kawan-kawan punya idea untuk melebihkan Berita Admiralty pada minggu ini, sila komen topik yang ingin disampaikan. Maaf jikalau topik minggu ini membosankan, saya tidak punya idea!

Dihasilkan oleh Ain Nadirah
Pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Isnin, 25 Januari 2010

Beri Saranan Kamu!

Hai para pelajar sekalian,

Pejam celik pejam celik, sudah pun masuk minggu ke 4 kita bersekolah pada tahun 2010 ini. Di atas permintaan beberapa orang pelajar, cikgu telah memasukkan semula chat box kita. Namun, cikgu minta kerjasama pelajar sekalian - chat box itu hanyalah sebagai wadah berinteraksi dalam bahasa Melayu sahaja. Pelajar tidak boleh menggunakan bahasa Inggeris, bahasa pasar atau kata-kata kesat. Jika ada pelajar yang melanggar peraturan ini, cikgu terpaksa menutup chat box itu.

Bagi pihak Jabatan Bahasa Melayu ADMPS, cikgu ingin meminta saranan pelajar mengenai blog kita ini.

Apakah ruangan yang para pelajar ingin lihat, baca dan ambil bahagian?

Harap dapat catatkan saranan pelajar di dalam ruang komen. Kalau saranan pelajar bernas dan dapat dijalankan, pelajar akan mendapat cenderamata! Pastikan saranan pelajar itu logik dan boleh dijalankan, ya...

Cikgu nantikan saranan pelajar semua!

Salam sayang,
Cikgu Noor

Rabu, 20 Januari 2010

Kain Songket

Kawan-kawan tahu tak tentang kain songket? Hari ini kami akan berkongsi dengan anda tentang kain songket. Jadi,bolehlah kawan-kawan sedikit sebanyak. Songket merupakan sejenis kain yang biasanya ditenun tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas atau perak. Perkataaan songket bermaksud membawa keluar atau menarik benang daripada kain atau menenun menggunakan benang emas atau perak.

Dari segi sejarah, ia hanya dipakai oleh golongan bangsawan - keluarga kerabat diraja dan orang besar negeri. Kehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat dan kedudukan tinggi seseorang pembesar. Ia telah terkenal di Malaysia dan Indonesia sejak abad ke-13 yang lampau. Dari mana datangnya kain songket juga tidak dapat dipastikan.

Corak dan Motif

Corak dan motifnya memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu dan sekaligus mencerminkan citarasa budaya bangsa yang mekar dalam persekitaran yang kaya dengan keindahan dan keunikan. Antara corak yang digunakan:

- Susunan bunga penuh
- Susunan bunga bertabur
- Susunan bercorak

Cara membuat songket sangat sukar. Jadi, kita patut menghargai kain songket yang telah dibuat samaada yang telah sedia dijahit baju ataupun tidak. Di sinilah kami akan mengakhiri topik kami hari ini. Harap kawan - kawan semua terhibur!

Yang benar, murid - murid BML,
Qamariah, Shukrina, Ain
Azfar, Aqil dan Idris

Berita Admiralty

Berita Admiralty

• Persiapan SYF 2010
• Prefects Investiture
• Buku Tahunan

Persiapan SYF 2010
Malay Dance: Para Penari Tarian Melayu sedang menjalankan latihan intensif untuk mempersiapkan diri untuk SYF 2010. Kami berlatih setiap hari Jumaat dan Sabtu. Kami juga sedang berusaha untuk mendapat pingat emas bagi tahun ini.

Prefects Investiture
Jikalau kawan-kawan pengawas sekolah, kawan-kawan pasti tahu tentang topik ini. Kami diberi pengiktirafan olah sekolah pada 14 Januari 2010. Kami harus mengangkat tangan kanan kami dan membaca ikrar di hadapan kawan –kawan kami semua di dewan. Sebagai pengawas, kami harus menjadi contoh yang baik kepada rakan-rakan yang lain. Pengawas juga perlu memastikan yang peraturan sekolah dipatuhi.

Buku Tahunan
Kawan-kawan sudah mendapat Buku Tahunan (Year Book) sendiri? Kawan-kawan gembira tak melihat wajah-wajah sendiri di dalam buku tersebut? Ada yang gembira dan ada yang tidak. Apa kata, kawan-kawan memberikan pendapat tentang Buku Tahunan ini?

Kelas Tambahan BM
Kelas Tambahan sudah bermula. Kawan-kawan sudah bersedia untuk belajar dengan bersungguh-sungguh? Jangan lupa untuk hadiri kelas tambahan, ya? Kita perlu berusaha untuk mencapai seberapa banyak bintang yang boleh!

Ditulis oleh Ain
Diedit oleh Shukrina & Qamariah
Pelajar Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Berita Sana - Sini

Kawan-kawan dengar tak berita terkini yang terdapat di Yahoo.sg hari ini?
Beginilah salah satu berita terhangat:


Seorang belia berusia 19 tahun ditangkap kelmarin kerana disyaki terbabit dalam beberapa kes curi melibatkan teksi.

Menurut polis, belia tersebut ditangkap sekitar 11 malam di Tampines Street 21 dan akan dihadapkan ke mahkamah rendah pagi ini.

Kes-kes curi itu dilaporkan antara November lalu dengan bulan ini, dan berlaku di kawasan estet perumahan Tampines dan Simei.

Dalam kebanyakan kes, teksi-teksi itu dipecah masuk dan wang yang disimpan di dalamnya dicuri.

Malah, dalam beberapa kes belia itu disyaki melarikan teksi yang kuncinya ditinggalkan di dalam.

Namun, semua teksi yang dilarikan dijumpai pada esoknya.
Polis turut meminta syarikat teksi berwaspada.

Selain itu, DAC Teo menasihati orang ramai, terutama pemandu teksi, supaya mengamalkan beberapa langkah berjaga-jaga bagi mengekang jenayah serupa itu.

Ini termasuk meletak kereta di kawasan terang pada sebelah malam, mengunci semua tingkap dan pintu kenderaan walaupun semasa meninggalkannya seketika, memasang sistem semboyan kecemasan dalam kenderaan, mengeluarkan semua barang berharga dari kenderaan sebelum keluar, dan tidak meninggalkan kunci dalam kereta.

Apa pendapat kawan-kawan tentang perkara ini? Adakah remaja itu patut dilepaskan atau ..? Kawan-kawan boleh berikan komen di sini.

Oleh Idris, Azfar & Aqil
Murid-murid Bahasa Melayu Lanjutan Darjah 6

Selasa, 19 Januari 2010

Tahun Baru 2010 Azam Pun Perlu Baru

Salam sejahtera para pelajar sekalian. Mungkin tidak terlambat bagi Cikgu untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada pelajar semua. Mungkin blog kita ini sudah lama tidak aktif tahun lepas tetapi Cikgu berharap tahun ini, blog kita akan menjadi seaktif lelaman yang lain. Harapan ini tidak akan terkabut jika para pelajar sendiri tidak melungsuri lelaman ini. Oleh itu, Cikgu meminta para pelajar mewar-warkan tentang "pembukaan semula" lelaman kita ini kepada teman-teman yang lain, ya!

Mulai tahun ini, ada sedikit pembaharuan yang akan berlaku. Sebagai permulaan, Cikgu telah melantik beberapa orang rakan pelajar untuk menyelenggarakan blog ini. Untuk penggal ini, enam orang pelajar darjah 6 akan membantu Cikgu. Jika tidak ada aral, pelajar-pelajar darjah 5 pula akan menyelenggarakan lelaman ini pada penggal depan. Jika ada pelajar yang berminat, silalah berjumpa Cikgu atau guru bahasa Melayu pelajar dan jangan lupa nyatakan hasrat pelajar itu.

Nantikan beberapa artikel menarik daripada rakan-rakan!